Sunday, September 08, 2019

Jual Anak Di WeChat. Bagaimana Dari Sudut Islam?


ZHAO dilihat membawa anaknya yang baru dilahirkan keluar dari sebuah hospital bersalin di timur China. FOTO Jiangsu Public Channel

BEIJING: Seorang bapa di bandar Suqian, China menjual anak perempuannya yang baru dilahirkan kepada pasangan yang baru dikenali di media sosial dengan bayaran £5,700 (RM29,230) kerana tidak mampu membesarkan bayi itu.
Daily Mail memetik Jiangsu Public Channel melaporkan, perbuatan bapa dikenali sebagai Zhao itu dirakam menerusi kamera pengawasan hospital bersalin di timur China ketika dia membawa keluar bayinya yang berusia tiga hari untuk diserahkan kepada keluarga baru yang tinggal sejauh 257.4 kilometer.
Ketika ditahan polis, Zhao memberitahu polis dia dan isterinya tidak mampu membesarkan anaknya itu dengan alasan kekurangan wang.
Menurut laporan, polis dimaklumkan kes jual bayi itu sejak April lalu oleh pelayar web yang melihat iklan ‘jual bayi’ di WeChat.
Hasil siasatan, polis mengenal pasti orang yang memuat naik iklan itu dikenali sebagai Wang, rakan Zhao.
BAYI berusia tiga hari itu dijual dengan bayaran £5,700 pound (RM29,230). FOTO Jiangsu Public Channel  


“Suspek melakukan transaksi haram melalui rakan yang membantunya menyiarkan iklan. Ibu bayi itu, orang tengah dan pasangan yang membeli bayi itu, Li serta Gao dari Nanjing ditahan. Bayi itu kini dijaga di pusat kebajikan kerajaan,” kata polis di Changzhou, wilayah Jiangsu.
Menurut polis, pasangan itu memberitahu mereka sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurnia anak kerana masalah kesihatan.
“Sebaik melihat iklan itu, mereka bersetuju membeli anak Zhao dan membayar deposit sebelum ke Suqian dan membawa pulang bayi berkenaan,” kata polis.
Pesalah pemerdagangan kanak-kanak boleh dipenjara hingga 10 tahun di China mengikut undang-undang negara itu. (Agensi)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana hukum jual bayi dalam Islam?

Jualan bayi atau dagang anak jelas haram di dalam agama Islam. Meski dulu ada budaya jual beli 'budak' atau hamba, namun setelah Islam datang, praktik budaya tersebut sedikit demi sedikit mulai dihapuskan.

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: Allah berfirman: 
“Ada tiga golongan yang Aku (Allah) akan menjadi lawan mereka pada Hari Kiamat nanti; seorang yang bersumpah dengan menyebut nama-Ku lalu berkhianat, seorang yang menjual seorang yang merdeka (bukan hamba) lalu memakan hasilnya, dan seorang yang mempekerjakan seorang pekerja (lantas) ketika pekerja itu menyelesaikan pekerjaannya, orang itu tidak membayar upahnya.”(HR. Muslim: no 2114).

Dalam hal ini, bayi dianggap sebagai manusia merdeka dan bukan hamba. Apalagi dengan kondisi perhambaan di zaman sekarang yang sudah tidak ada lagi. Maka, hukum jual beli manusia, baik yang belum atau sudah lahir sama haramnya. Bahkan pelaku ini akan menjadi musuh Allah di akhirat nanti.

Itulah indah, adilnya Islam, dan rugilah mereka yang menolak Islam.

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails