Tuesday, September 10, 2019

Kapal Angkasa India Terhempas Di Bulan, Misi Gagal.

Kapal angkasa India terhempas di bulan, tetapi tidak berkecai
Misi yang gagal itu mencetuskan kekecewaan di seluruh negara ketika India mahu melakar sejarah menjadi negara pertama mendarat di kutub selatan bulan yang belum pernah diteroka. - Sumber foto: firstpost.com

NEW DELHI: Kapal angkasa India terhempas di permukaan bulan tetapi tidak berkecai, kata agensi angkasa lepas negara itu pada Isnin.

Mendarat di bulan dan meneroka permukaannya adalah objektif utama misi Chandrayaan-2 bernilai US$140 juta tetapi komunikasi dengan pesawat yang diberi nama Vikram itu, terputus ketika berada di ketinggian 2.1 kilometer dari permukaan bulan tempat ia dijadual mendarat.

Misi yang gagal itu mencetuskan kekecewaan di seluruh negara ketika India mahu melakar sejarah menjadi negara pertama mendarat di kutub selatan bulan yang belum pernah diteroka.

Hasil carian imej untuk misi kapal angkasa india gagal
Hasil carian imej untuk misi kapal angkasa india gagal
Hasil carian imej untuk misi kapal angkasa india gagal

Israel mencuba dalam misi bulannya pada April lalu, tetapi kapal angkasa "Beresheet" terhempas di bulan.

Misi Chandrayaan-2 mengandungi pesawat mengelilingi orbit, sebuah kapal angkasa pendarat dan Rover, jentera penerokaan di bulan.

Rover berkenaan perlu dilancarkan daripada pesawat pendarat bagi meneroka permukaan bulan andai kapal angkasa itu berjaya mendarat dengan sempurna.

-- BERNAMA

Hasil carian imej untuk misi kapal angkasa india gagal

Lihat..
 Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

1 comment:

Anonymous said...

Rejim pelampau hindu India telah membelajakan
US$140 juta untuk menembak bulan dengan roket di waktu sebilangan rakyat India yang miskin atau papa kedana hidup kelaparan.

Penyokong Modi di Msia sepatutnya pergi ke India selama beberapa tahun untuk merasai kesusahan rakyat India di waktu rejim pelampau hindu India membelanjakan wang US$140 juta untuk mencipta nama.

Ha ha ha ha ha ha .... Tepuk....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails