Monday, September 09, 2019

Keluhan Rakyat, Tolak Tambak Laut' -Ummah &40 NGO.

Peserta himpunan 'Penang Tolak Tambak Laut' gesa kerajaan negeri dengar keluhan rakyat

Peserta himpunan 'Penang Tolak Tambak Laut' gesa kerajaan negeri dengar keluhan rakyat

BAYAN LEPAS: Perhimpunan 'Selamatkan Pulau Pinang - Penang Tolak Tambak Laut' di Permatang Damar Laut, di Bayan Lepas pada Ahad berlangsung aman dengan kehadiran peserta yang mewakili suara hati ribuan rakyat khususnya golongan nelayan di negeri itu.

Perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Pulau Pinang dan gabungan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu antara lainnya berharap agar Kerajaan Pulau Pinang mempertimbang untuk mengkaji semula projek tambakan laut di perairan Selatan, Pulau Pinang.

Pengerusi Ummah Pulau Pinang, Mohd. Akhir Che Mat berkata, pihaknya percaya masih ada ruang perbincangan dan berharap kerajaan negeri mendengar suara rakyat khususnya nelayan yang akan terjejas dengan projek berkenaan.


"Kita tidak menolak PTMP (Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang), cuma kita minta PTMP dikaji semula. Semoga ada ruang perbincangan kita dengan exco terlibat dengan kerajaan negeri, Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri 1.

"Insya-Allah kalau tidak mendapat layanan yang mesra, kita akan bawa sekali lagi ke Parlimen berjumpa dengan menteri berjumpa dgn Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sesiapa saja (yang berkaitan) untuk kita menyatakan kegusaran lebih 5,000 nelayan yang terjejas dengan projek ini," ujar Mohd Akhir.

Dalam pada itu, Mohd. Akhir menyifatkan perhimpunan itu berjaya mencapai matlamatnya untuk membangkitkan kesedaran mengenai impak negatif daripada projek PSR selepas peserta yang hadir melebihi sasaran dan berakhir dalam suasana aman.

Katanya, perhimpunan itu turut dihadiri komuniti nelayan dari Kedah dan Perak yang turut terjejas ekoran rancangan tambak laut yang dirancang kerajaan negeri.

Seramai 10 pemimpin daripada beberapa parti politik persatuan nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai latar belakang menyampaikan ucapan.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails