Monday, September 02, 2019

Lebih 10 Artis Ditipu 'Bitcoin'. Kesian, Begini Caratipu..


HALAMAN HIBURAN

LEBIH 10 artis tanah air dikesan menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan pembelian mata wang digital (Bitcoin) yang menjanjikan bayaran bonus hingga ratusan ribu Ringgit selepas dilantik sebagai ejen mempromosi pelaburan itu.

Seorang pelakon lelaki popular yang menjadi mangsa penipuan sindiket itu berkata, sebagai ejen promosi mereka dijanjikan habuan lima bonus iaitu bonus tajaan (sponsor bonus), bonus berpasangan (pairing bonus), bonus berkumpulan, wang selisih dan keuntungan bulanan.

Jika membawa masuk ramai pelabur, mereka akan menerima antara 10 hingga 40 peratus bonus tajaan.

“Sebagai contoh, jika artis membawa masuk pelaburan daripada peminat berjumlah RM1 juta, maka komisen diterima antara RM100,000 hingga RM400,000.
“Disebabkan itu, artis taasub mempromosi dan mencari pelabur. Namun kami terpedaya hingga memburukkan nama sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon berusia 40-an itu berkata, mereka juga dijanjikan bonus berpasangan (bersama rakan) antara lima hingga sembilan peratus jika mendapatkan pelabur.

“Sindiket itu turut menjanjikan bonus berkumpulan antara satu hingga dua peratus, selain kami turut sama membuat pelaburan itu.
“Apabila membeli mata wang digital pada harga murah, kami akan menaikkan harga jualan yang tinggi bergantung keadaan semasa. Keuntungan yang diperoleh digelar sebagai wang selisih,” katanya.

Menurutnya, artis juga dijanjikan keuntungan pada kadar 10 peratus sebulan menyebabkan mereka mengeluarkan modal untuk pelaburan.

“Semua ini penipuan kerana sebaik wang terkumpul, syarikat pelabur akan melarikan diri,” katanya yang menyertai pelaburan itu sejak 2017.

Bercerita mengenai modus operandi sindiket terbabit, pelakon itu berkata, wakil sindiket akan mendatangi artis kerana mereka tahu artis memiliki ramai peminat.

“Kami diundang berucap dalam seminar dan dijanjikan bayaran. Sudahlah menipu pelaburan, mereka tidak membayar wang promosi,” katanya.

Katanya, kesilapan artis terlalu mempercayai janji manis sindiket atau syarikat pelabur itu tanpa meneliti latar belakang mereka.

“Syarikat pelaburan ini tidak memiliki premis dan bertemu artis di sesuatu tempat. Mereka juga membina laman web sendiri dan memadamkannya sebaik melarikan semua wang,” katanya.

Katanya, sistem pelaburan itu tidak salah kerana dimainkan di seluruh dunia dan yang menjadi masalah adalah niat sindiket itu yang mahu menipu.

“Jika harga mata wang digital jatuh, syarikat terbabit tidak akan membayar dan sekiranya untung, mereka bolot dengan melarikan diri,” katanya.

Akibatnya, artis yang hadir berucap dalam seminar akan dipersalahkan sebelum mereka dilabel sebagai penipu. 

“Semua artis perlu ambil tahu masalah ini dan jangan sesekali menyerahkan tengkuk kepada sindiket terbabit. Saya memiliki pengalaman hadir di seminar di Lembah Klang tetapi tidak menerima bayaran,” katanya.
Katanya, dia juga kerugian sebanyak RM55,000 apabila wang pelaburannya dilarikan sindiket itu. (MyMetro)


Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..

4 comments:

Anonymous said...

Sebilangan orang yang jahil menjadi pengikut artis kerana mereka menyangka artis ini kononnya manusia yang sempurna sehinggakan mereka terlupa Allah dan RasulNya yang sepatutnya menjadi keutamaan yang pertama dan kedua dalam kehidupan manusia.

Sebilangan artis melakonkan watak baik dalam drama tetapi di luar drama mereka jadi kaki betina, kaki disko, minum arak, berpoya-poya, merokok, mengambil dadah, bebas bergaul tanpa batas bahkan lebih dari itu.

Bahkan sebilangan artis berlagak lebih mat salleh dari mat salleh sendiri, sombong membangga diri malu bergaul dengan peminat biasa dan orang ramai seolah-olah mereka mempunyai kasta tinggi.

Segelintir artis pula tidak mempunyai asas ilmu agama Islam tetapi berlagak serba tahu seperti tikus membaiki labu dengan menjawab persoalan agama Islam berdasarkan akal jahil bukan berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah dll.

Segelintir artis pula yang gila publisiti cuba menarik perhatian orang ramai dengan memakai tudung menutup aurat. Apabila sudah tidak tahan bersikap hipokrit, mereka mendedahkan aurat semula.

Ada segelintir artis berlakon sebagai ustaz dll tetapi di luar drama sibuk mengurat isteri orang sehinggakan rumahtangga orang hampir musnah.

Inikah yang menjadi idola ikutan bagi manusia yang mendakwa diri mereka beragama Islam?

Nota: Syabas dan tahniah kepada artis yang berhijrah ke Islam dan berpegang teguh pada ajaran Islam walaupun ditindas oleh puak kafir.

Unknown said...

Kebanyakkan projek bitcoin menggunakan elektrik secara curang.

Anonymous said...

anon 12.44, ko jangan ingat artis je perangai macam tu. Tidak terkecuali para guru, pemimpin2, ustaz2, wakil2 ketua, rakan2 yang berpengaruh dan yang sama dengannya. Kebiasaan jika mementingkan diri akan ujud manipulasilah.

Orang ramai yang nafsunya menguasai akal, nak pulak ada unsur pujukan, janjian, dongengan utopia, mudahlah hati dipujuk untuk keluarkan sejumlah wang atau apa saja yang bernilai tinggi dijadikan taruhan.

Bukan salah selebriti, salahkan orang yang sanggup akur apa yang diarahkan. Mereka beri pilihan, tiada ancaman atau ugutan untuk patuh pada arahan mereka. Itu pilihan masing2 yang empunya.

Kalau dilihat dari perspektif hitam dunia hiburan memang akan nampak 110% kejahatan bertompok di situlah. Terbalik pula jika melihat dalam disiplin sosial yang lain, contohnya agama. Buatlah apa saja, semuanya nampak putih bak susu yang mengalir di jannatul naim...tiada cacat cela, sempurna semuanya.

Anon 1244 juga berkomentar "Ada segelintir artis berlakon sebagai ustaz dll tetapi di luar drama sibuk mengurat isteri orang sehinggakan rumahtangga orang hampir musnah".

Nahhh, anda tulis artis berlakon sebagai ustaz yang membuat onar itu ini dan ramai yang tak suka artis yang mencemarkan institusi keagamaan. Itu kebiasaan pendapat orang ramai.

Persoalannya, bagaimana pula ada individu2 pada asalnya bukanlah artis tapi berpura2 menjadi agamawan. Bukankah mereka juga juga berlakon tetapi itu bukan di pentas2 teater, bukan di layar perak, bukan di lighting2 kamera tetapi tetapi di pentas kehidupan. Adakah mereka betul? Pastinya mereka juga tak betul.

Dalam kehidupan yang mencabar ini, sepatutnya tak perlulah percaya pada individu yang berpengaruh secara membabi buta. Sama sahaja siapapun. Jika kononnya, selebriti menyuburkan budaya maksiat, sepatutnya ramai agamawan bolehlah mengurangkan maksiat atau sekurang kurangnya menyeimbangkan keadaan tetapi realitinya tidak begitu...apa sebenarnya yang berlaku?

Jelasnya munafik siapa? orang yang berpengaruhlah.

Anonymous said...

Kamu Anon 2:32 pm menulis komen tanpa memahami komen 12:44 pm dan kamu gagal membezakan antara perkataan 'sebilangan' dan 'semua'.

Kamu juga tidak memahami ajaran Islam seperti hukum Islam dan tanda kiamat seperti:


Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita”
– Ibnu Majah

Mengapa artis menjadi tanda kiamat? Cuba fikir bagaimana sebilangan artis meruntuhkan moral manusia.

Kasihan kamu terlalu mendewa-dewakan artis sambil mengabaikan sumbangan artis kepada maksiat. Jangan hipokrit.

Sepatutnya kamu merujuk kepada ajaran Islam sebelum kamu membela sebilangan artis yang terlibat dalam maksiat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails