BAILEY, Colorado - Seorang budak lelaki berumur lapan tahun menceritakan bagaimana dia melawan seekor singa gunung selepas binatang buas itu menggigit kepalanya dan menyeret mangsa di bawah sebatang pokok, lapor akhbar The Sun.
Pike Carlson cuba menikam mata singa gunung menggunakan ranting kayu sambil menjerit dalam insiden di sini, bulan lalu.
Budak lelaki itu sedang bermain bersama abangnya, Gage di laman belakang rumah mereka apabila singa gunung itu menerkam dan menggigit kepala Pike.
Gage yang ketakutan, berlari masuk ke dalam rumah dan memanggil bapa mereka Ron Carlson. Lelaki itu memberitahu saluran berita Amerika Syarikat, NBC: “Kepala anak saya berada di dalam mulut binatang buas itu, hati saya terbakar melihat singa gunung itu membaham kepalanya.”
“Naluri kebapaan muncul. Saya tidak peduli biarpun nyawa saya melayang. Walau apa pun berlaku pada diri ini, saya mesti melindungi anak saya,” tegasnya.
Ketika Ron bergegas untuk membantu anak lelakinya, Pike mengambil sebatang ranting.
“Ranting itu berada di perdu pokok dan dia cuba mencucuk mata singa itu dengannya,” tambah lelaki itu.
Singa itu akhirnya melepaskan Pike apabila melihat Ron menerpa ke arahnya.
“Apabila saya memegang anak saya, mukanya cedera dan berlumuran darah. Kulit kepalanya terbuka di beberapa tempat,” kata lelaki itu.
Keluarga berkenaan membawa Pike ke hospital, manakala dia terpaksa menjalani pembedahan dan menerima berpuluh-puluh jahitan.
Budak lelaki mungkin perlu menjalani pembedahan lanjut untuk memulihkan kelopak matanya yang luka teruk semasa serangan itu. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi realiti, kebenaran, dan membela keadian, rakyat kerdil, lemah pun boleh jadi kuat. Apa lagi dengan pertolongan Allah SWT.
Lihat lagi..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..Bab I: Sebelum pergi..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
Aku suka komen ibnu hasyim, sindiran yang tajam, mendalam dan menyengat..
ReplyDeleteAku pong..
ReplyDeleteKomen Weblog Ibnu Hasyim: Demi realiti, kebenaran, dan membela keadian, rakyat kerdil, lemah pun boleh jadi kuat. Apa lagi dengan pertolongan Allah SWT.
ReplyDeleteSETUJU !