Negara Islam PAS vs K'jaan Kristian DAP?
-DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
ADALAH sesuatu yang lumrah bagi pemimpin DAP untuk mengkritik PAS kerana dikatakan berpolitik menggunakan agama, khususnya kerana mahu mendirikan negara Islam, dan kerana dikatakan menyalahgunakan tempat ibadat seperti masjid dan surau untuk berpolitik.
Dalam forum bertajuk “Naratif Malaysia Baharu” (“New Malaysia Narrative”) di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019, inilah juga yang dilakukan oleh Steven Sim Chee Keong yang mengkritik Himpunan Penyatuan Ummah Umno-PAS (HPU 914) di PWTC yang berlangsung pada hari yang sama dengan forum ini.
Malangnya, waktu berkata begitu, sangat ironi sekali bila Steven Sim sendiri sebenarnya sedang berpolitik menggunakan agama, khususnya kerana mahu mendirikan Kerajaan Tuhan Kristian (the Kingdom of God), dan kerana menyalahgunakan gereja untuk berpolitik.
Dalam ucapan beliau, Steven Sim bercakap panjang lebar mengenai betapa indahnya Kerajaan Tuhan Kristian (how wonderful the Kingdom of God is), mengenai bentuk Kerajaan Tuhan Kristian (the shape of the Kingdom of God) dan mengenai jenis politik yang dimahukan oleh Tuhan (the kind of politics Jesus was talking about when he talked about politics).
Dinyatakan oleh Steven Sim mengenai “The Jesus Manifesto” yang didakwa terkandung di dalam Bible, lengkap dengan huraian panjang lebar mengenai empat cirinya yang didakwa terkandung di dalam salah satu surah di dalamnya di samping dakwaan bahawa apa yang dilakukan oleh beliau di Kementerian Belia dan Sukan adalah memenuhi empat ciri ini.
Lebih jauh lagi, Steven Sim juga mendakwa bahawa Kerajaan Tuhan Kristian adalah satu misi yang tidak dapat dihalang dengan menyebut dua kali:
(1) “The Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it, and that is our unshakeable confidence”.
(2) “The Kingdom of God is unstoppable, and this is our answer to all the ideologies of capitalism, communism, socialism, liberalism, nationalism, God Himself is committed to act and ensure the success of His own Kingdom”.
Apa implikasi kepada seruan bahawa “The Kingdom of God adalah satu misi yang tidak dapat dihalang”?
Dan mengapa mengkritik Negara Islam PAS bila kamu sendiri bercakap mengenai “The Kingdom of God”?
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
- HARAKAHDAILY 16/9/2019
RUSSIA BAKAL JADI NEGARA ISLAM.. -Paderi Kristian Katholik Ini Mengejutkan Dunia! (2016-03-07)
RUSSIA BAKAL JADI NEGARA ISLAM.. -Paderi Kristian Katholik Ini Mengejutkan Dunia! (2016-03-07)
Ini adalah satu berita yang mengejutkan dunia. Berita yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Rusia. Apakah Rusia bakal menjadi sebuah negara Islam dalam 10 atau 20 tahun akan datang? Kini populasi Islam di Rusia adalah 15% daripada penduduknya.
2 tahun lepas satu kajian telah menyatakan bahawa sudah lebih 31 peratus majoriti etnik Rusia adalah umat Islam :
「Russia’s increasingly confident Muslims, who constitute a majority of 57 out of the country’s 182 ethnic groups, have started to use the term Muslim Russia to signal their ambitions」
Seorang Paderi Besar Katholik Ortodoks, Dmitri Smirnov (gambar di bawah), menyampaikan satu khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya.
Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik orang Islam. Berikut ini isi ceramah kepada jemaahnya di gereja.
Lihatlah, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melalui mereka, kerana di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.
Lihatlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di suruh.
Dimana kamu boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kamu tidak akan pernah melihatnya.
Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap ganjaran, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.
Kamu tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya).
Menurut wanita tua itu, seorang pemandu Muslim sering menyediakan kenderaannya untuk menghantarnya ke gereja di Moscow.
Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, orang miskin, dan anak-anak yatim.
Dengarlah pengakuannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.
Keikhlasan peribadi pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemui dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tapi pemandu Kristian dengan tanpa belas kasihan meminta upah atas tugas menghantar wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana kerjanya adalah sebagai pemandu.
Seorang Muslim itu lebih dekat dengan wanita tua itu, tetapi orang Kristian hanya inginkan duit. Apakah anda tidak merasakan ini?
Bagaimana dalam proses penebusan dosa, semua orang perlu membayar kepada pendetamu, entah orang itu miskin atau warga tua, wajib membayarnya sebagai ritual pengampunan dosa.
Lihatlah juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang tua. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanja wanita tua itu. (IH)
Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5).
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
Siri 7: Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5).
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
Siri 7: Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
No comments:
Post a Comment