Antara wanita yang dicekup dalam Ops Ambang Merdeka sekitar bandar raya Johor Bahru awal pagi hari ini. Foto oleh MOHD. IZUAN ROSELI
Janda dicekup bersama kekasih Nepal
JOHOR BAHRU - Janda anak tiga bersama teman lelakinya warga nepal merupakan antara 12 pasangan yang ditahan dalam Ops Ambang Merdeka yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) di sekitar hotel bajet di bandar raya ini pagi tadi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Halid Sono berkata, pasangan terbabit dicekup menerusi operasi yang dijalankan bermula pukul 10 malam dan berakhir pada 3 pagi di sebuah hotel bajet di Taman Daya di sini.
“Pasangan terbabit yang bekerja di sebuah kilang berhampiran mendakwa mereka mengenali antara satu sama lain selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk memadu asmara di hotel bajet berdekatan.
“Wanita berusia 29 tahun yang mempunyai anak berusia lapan, enam dan dua tahun itu baru sahaja bercerai dengan bekas suaminya sejak Julai lalu,” katanya ketika ditemui semasa operasi di sini hari ini.
Operasi terbabit melibatkan 20 anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JAIJ.
Halid berkata, selain itu, operasi terbabit turut menahan 11 pasangan lain termasuk 23 warga negara asing dan tiga warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an.
“Mereka ditahan atas kerana bersekududukan sehingga mendatangkan syak wasangka yang boleh dihukum dibawah Seksyen 27 (1) A dan B, Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan,” katanya. - K! ONLINE
Lihat gambar ini..
No comments:
Post a Comment