Antara individu yang ditahan dalam Ops Ambang Merdeka di sebuah apartmen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Guru dicekup anjur parti dadah
KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah rendah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Ampang Merdeka di sebuah apartment di Jalan Klang Lama di sini selepas terlibat dalam parti dadah awal pagi tadi.
Dalam serbuan yang bermula pada pukul 3.30 pagi itu, pihak polis menahan 13 individu termasuk lapan wanita warganegara tempatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, guru lelaki berusia 34 tahun itu merupakan penganjur bagi parti liar tersebut.
“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati dirinya positif dadah jenis amphetamin dan methamphetamine.
“Kesemua individu ditahan berusia antara lingkungan 20 hingga 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arifai menambah, pihaknya turut merampas sebanyak 39 pil ekstasi, 10 pil erimin 5, ketamin seberat 3.62 gram dan dua kapsul MDMA dalam operasi itu.
“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati 12 individu yang ditahan itu positif dadah jenis amphetamin, methaphetamine dan ketamin.
“Kesemuanya direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” ujarnya. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sambut merdeka. Guru anjur parti dadah. Lagi bukti dasar pelajaran dan didik negara gagal.
Lihat gambar ini..
No comments:
Post a Comment