Khazanah jual aset tidak menguntungkan - Dr. Mahathir
KL: 20 Sept - Khazanah Nasional Bhd. akan menjual aset yang “tidak menguntungkan kepada kami” untuk mengumpul dana bagi membayar hutang negara, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, katanya tiada keputusan dibuat bagi Khazanah menjual seluruh asetnya.
“Tidak, mereka hanya mengkaji sama ada mereka perlu (jual) atau tidak, bagaimanapun tiada keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di sini hari ini.
Beliau berkata aset-aset yang tidak berbaloi disimpan akan dijual untuk mengumpul dana bagi membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
“Perlu ingat bahawa kerajaan sebelum ini telah meminjam lebih AS$1 trilion yang menjadi beban kepada kami. Mereka meminjam dan wang itu tidak dilaburkan.
“Jika wang tersebut dilaburkan, kami (akan dapat) pergi ke syarikat berkaitan dan mendapatkan semula wang itu, tetapi kami tidak tahu di mana wang tersebut,” katanya.
Perdana Menteri berkata, Khazanah pada mulanya ditubuhkan untuk membeli saham yang diperuntukkan kepada bumiputera tetapi ia telah pergi lebih daripada itu.
“Itu bukan mandat asal Khazanah tetapi kini kami cuba untuk kembali kepada objektif asal,” katanya.- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH macam Pak Pandir berniaga buluh kasap, pangkal hilang hujung lesap!
Beri negara Malaysia pada si Luncai, maka terjunlah dengan labu-labunya. 'Biarkan!Biarkan!' kah??
Jatuhkan Pak Pandir dan lenyapkan Si Luncai ini segera melalui PRU akan datang...
Lihat rumah ini..
1 comment:
Madey ni boleh caya ka? Dasar penswataan dulu membolehkan harta kerajaan pindah ke kroni. Skrip sama, nama beza, motif tetap sama, sapu milik kerajaan.
Post a Comment