FORUM ‘Naratif Malaysia Baharu’ di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019 yang dibuka dan ditutup oleh dua pemimpin DAP sebenarnya bukanlah kali pertama menyaksikan wujudnya anjuran mengenai kebebasan mutlak untuk menukar agama.
Saranan begini telah pernah dikemukakan oleh peguam-peguam Kamariah Ali di Mahkamah Rayuan dalam kes Kamariah Ali lwn. Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia & Satu Lagi yang diberikan penghakimannya oleh Tun Abdul Hamid Mohamad pada 2 Ogos 2002.
Mengikut peguam-peguam Kamariah Ali, kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada seseorang untuk menganuti mana-mana agama, keluar daripada mana-mana agama atau tidak menganuti mana-mana agama.
Hujah mereka, kedudukan seseorang di sisi agama terletak kepada apa yang dia sendiri menetapkannya pada sesuatu masa, tiada undang-undang yang boleh menghalangnya berbuat demikian dan jika ada ia adalah tidak sah dan batal kerana bercanggah dengan Perkara 11.
Tegas Tun Abdul Hamid, hujah (mengenai hak mutlak) ini, jika betul, patut juga terpakai bukan sahaja bagi “menganuti” tetapi juga bagi “mengamalkan” kerana Perkara 11 memperuntukkan mengenai kedua-dua “hak menganuti dan mengamalkan agama”.
Tambah Tun Abdul Hamid, jika itulah makna Perkara 11 maka bukan sahaja undang-undang yang menetapkan cara untuk seseorang itu memeluk agama Islam dan keluar dari agama Islam tidak sah, malah undang-undang yang menjadikan suatu kesalahan jika seorang Islam itu berzina, berkhalwat, tidak membayar zakat dan lain-lain itu juga semuanya tidak sah.
Hujah ini juga digunakan oleh Majlis Peguam, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) dan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois Malaysia (MCCBCHS) dalam kes Lina Joy lwn. MAIWP, Kerajaan Malaysia & Ketua Pengarah Pendaftaran Negarayang diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada 30 Mei 2007.
Kata mereka, yang bertindak sebagai pemerhati diarah (watching brief), keperluan mengemukakan sijil/perakuan murtad adalah bercanggah dengan Perkara 11 kerana tiada siapa atau apa pun boleh menghalang seseorang itu dari membuat sesukanya dalam pemilihan agama atau keluar dari mana-mana agama dan jika ada ia adalah tidak sah dan batal.
Dalam penghakiman beliau, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim memetik kata-kata Tun Abdul Hamid dalam kes Kamariah Ali dan memutuskan bahawa keperluan mengemukakan sijil/perakuan murtad adalah tidak bercanggah dengan Perkara 11 kerana seseorang yang mahu keluar dari agama Islam hendaklah mematuhi cara keluar dari agama Islam.
Di sebalik keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan ini, suara-suara yang menuntut supaya rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, diberi kebebasan mutlak untuk menukar agama terus bergema, khususnya dari pemimpin DAP seperti:
(1) Ronnie Liu Tian Khim yang berkata pada 25 Februari 2006: “Kami (DAP) menekankan lagi bahawa wajib wujud kebebasan untuk memasuki dan meninggalkan mana-mana agama selagi mana keputusan itu dibuat oleh individu terbabit secara suka hati. Kepercayaan agama adalah urusan peribadi antara Tuhan dan individu. Tiada jabatan atau pihak berkuasa negara perlu campur tangan dalam urusan ini.”
(2) Teresa Kok yang berkata pada 30 Mei 2007: “Keputusan dalam kes Lina Joy mengecewa dan membimbangkan ramai rakyat Malaysia yang percaya kebebasan beragama adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan sahaja menafikan hak asasinya, tetapi ia juga adalah satu penafian kepada hak orang Islam untuk memilih agama. Adalah menyedihkan bahawa sebahagian masyarakat dinafikan hak untuk menganuti secara bebas mana-mana agama pilihan mereka.”
(3) Lim Kit Siang yang berkata pada 31 Mei 2007: “Kes Lina Joy telah menggoncang keyakinan ke atas jaminan Perlembagaan terhadap kebebasan beragama, ketertinggian Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara dan Kontrak Sosial Merdeka yang mendasari perlembagaan bahawa Malaysia adalah negara sekular.”
(4) Lim Guan Eng yang berkata pada 7 Jun 2007: “Kes Lina Joy adalah pukulan maut ke atas jaminan Perlembagaan terhadap kebebasan beragama, ketertinggian Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara dan Kontrak Sosial Merdeka yang mendasari Perlembagaan bahawa Malaysia adalah negara sekular. Apa makna kebebasan beragama dalam Perkara 11 jika orang Islam yang mengisytiharkan bahawa mereka mahu keluar dari agama Islam dihukum dengan denda, penjara, penahanan atau ‘pemulihan’?”
(5) Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata pada 11 Jun 2014: “Saya berharap juga orang-orang Islam juga boleh terima peruntukan 11(1) ini yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan dan kalau seseorang itu memang hendak meninggalkan agama itu dan beliau (berusia) lebih daripada 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang telah Tuhan berikan kepada seseorang itu dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita ini”.
Oleh itu, tidaklah pelik bila, selepas berlaku perubahan kerajaan, suara-suara yang menuntut supaya rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, diberi kebebasan mutlak untuk menukar agama menjadi semakin kuat dalam forum yang dikaitkan dengan DAP seperti Forum ‘Naratif Malaysia Baharu’ di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019.
Ingatlah implikasi kepada kata-kata Tun Abdul Hamid dalam kes Kamariah Ali: Jika kebebasan mutlak begini diberi maka bukan sahaja umat Islam boleh murtad sesukanya malah pada akhirnya umat Islam juga boleh menghujahkan mereka juga mempunyai kebebasan untuk berzina, berkhalwat, tidak membayar zakat dan lain-lain kesalahan agama.
Dengan tambahan Datuk Dr Wan Mohd Fauzi Wan Hussein:
Kebebasan beragama perlu dibaca dengan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan yang bertanggungjawab tidak akan membenarkan suatu kebebasan yang berlawan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral. Pada hari ini bukan sahaja kebebasan beragama yang melampaui Perkara 11 dituntut, bahkan kebebasan untuk tidak beragama. Dalam hal ini, dilihat seolah-olah ada agenda ateism atau humanism bertuhankan hawa nafsu mempopularkan tuntutan-tuntutan sedemikian.
Gerakan atau suara-suara sedemikian pastinya akan akhirnya mengakibatkan perbuatan yang berlawanan dengan tiga perkara dalam prinsip undang-undang am yang mengawal suatu kebebasan. Jika LGBT dihalalkan, adakah prinsip kesihatan dan moral tidak dilanggar? Jika manusia tidak lagi beragama dan bertuhankan nafsu, adakah akhirnya ini tidak mengundang pencabulan kepada kedaulatan undang-undang?
Ahli Parlimen dan Menteri sepatutnya kumpulan paling ke hadapan untuk mempertahankan prinsip kebebasan beragama yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, bukan menjadi jaguh untuk merobek keluhuran Perlembagaan Negara.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF - HARAKAHDAILY 22/9/2019
(Untuk bacaan lanjut mengenai perkara ini boleh baca buku “Jurisprudens Watan: Perlembagaan Persekutuan: Teks, Konteks Isu-Isu Ketatanegaraan” yang ditulis oleh Datuk Dr Wan Mohd Fauzi Wan Hussein.
Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5).
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
Siri 7: Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
Siri 8: Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)
Siri 9: Ini, 16 Penyanyi Berdarah Arab (9). Tak Kalah = Pe...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5).
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
Siri 7: Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
Siri 8: Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)
Siri 9: Ini, 16 Penyanyi Berdarah Arab (9). Tak Kalah = Pe...
No comments:
Post a Comment