Thursday, September 05, 2019

Nik Abduh Tak Marah Cina Beli Di Kedai Mereka. Itu Hak Mereka..


Kempen kerana sikap biadab DAP terhadap Islam
KL: Faktor utama terjadinya kempen ‘Beli Produk Muslim Dulu’ adalah kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
“Mengapa galakan biasa 'beli barangan Muslim first' tiba-tiba bertukar menjadi satu kempen besar-besaran hari ini sehingga dianggap oleh PH-DAP sebagai boikot barangan bukan Islam?
“Saya yakin 100 peratus bahawa antara faktor utama terjadinya kempen ini adalah kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam.
“Dah kamu jual, apasal marah orang nak beli? Jual mahal pun, dah ada orang yang sanggup bayar, awat marah pulak?,” ujarnya menerusi lamanFacebook.
Begitupun, beliau menolak boikot kerana memboikot barangan yang halal akan merumitkan kehidupan.
Ahli Parlimen Bachok itu menyokong kempen membeli barangan Malaysia.
“Saya sokong kempen beli makanan dan barangan muslim. Saya sokong kempen keluarga saya membeli di kedai sesama keluarga saya juga.
“Saya tak akan marah orang Cina kempen beli di kedai sesama mereka. Itu hak mereka, tak salah dan dah lama pun mereka buat,” ujarnya. –HARAKAHDAILY 5/9/2019

Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..

2 comments:

Anonymous said...

Sangat bersetuju dengan AJK PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Kempen ini adalah kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam.

DAP dan khadam liberalnya akan tumbang dalam PRU15 kerana kerjasama PAS-UMNO yang disokong oleh umat Islam dengan izin Allah. Amin.

Anonymous said...

Dulu, aku pun beli yang ada lebel halal oleh non muslim. Bila tahu dalam lebel muslim ada minyak khinzir, tempat produk tak bersih, ada anjing, produk halal dibuat di kilang yg juga keluar produk tidak halal, loya tekak aku. Banyak yg haram jadi darah daging.

Mereka pun pandai guna tulisan jawi dan logo muslim. Tapi itu cuma penyamaran. Sedangkan unsur tidak halal terkandung padanya.

Itu belum lagi buat diskriminasi harga. Jual mahal bagi produk muslim,jual murah bagi produk non muslim. Akhirnya produk muslim tersadai di rak2.

Serangan terhadap produk muslim mesti dihentikan. Muslim utamakan produk seagama dan simpati bila peniaga muslim hadapi kesulitan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails