Saturday, September 07, 2019

Nike Perkenal ‘Hijab Pro’, Produk Khas Buat Atlet Wanita Muslimah

Image from Indian Press

BERITA menarik untuk para wanita yang berhijab, kini anda boleh bersukan dengan Nike Hijab Pro

Image from Hype Bae


Sebagai seorang wanita Muslimah, hijab merupakan pakaian utama yang perlu dititikberatkan. Bagi wanita yang gemar melakukan aktiviti lasak dan bersukan, hijab merupakan antara masalah besar kepada wanita kerana ianya bukan mudah untuk menjumpai material hijab yang bersesuaian.

Oleh itu, sebagai salah satu jenama pakaian sukan yang terkenal di antarabangsa, Nike telah mengambil inisiatif untuk memberi fokus kepada pasaran pelanggan wanita mereka terutamanya yang berhijab.
Image from Bandt
“Macam tidak percaya akhirnya produk ini berada di pasaran!"

Tudung ini mudah dipakai, ringan serta menggunakan fabrik yang elastik. Selain itu, tudung ini juga mempunyai lubang-lubang kecil untuk menambahkan pengudaraan. Ianya akan dijual dengan 3 warna pilihan; hitam, kelabu dan juga neutral.

“Nike Pro Hijab ini direka setelah kami menerima permintaan untuk produk seperti ini dan kami berharap ianya dapat membantu atlet dari seluruh dunia dengan kualiti dan keselesaannya,” kata salah seorang pengarah wanita Nike, Megan Saalfeld.

Tudung ini dikeluarkan di pasaran mulai tahun 2018..
 Image from Indian Press

Terdapat ramai atlet wanita yang telah berkumpul dan menyumbangkan idea dalam menghasilkan produk ini, antaranya ialah Zahra Lari, peluncur ais dari Arab Saudi.

"Saya berasa sedikit teruja dan juga terharu apabila Nike ingin melakukan protatip hijab. Sebagai seorang atlet saya telah mencuba pelbagai jenis hijab tetapi saya masih tidak menjumpai material yang bersesuaian dengan sukan yang saya ceburi. Apabila saya menyarung Nike Pro Hijab ini, saya dapat merasakan keselesaan. Materialnya sungguh sejuk dan ringan," jelas Zahra.

Jom saksikan kecantikan tudung Nike Hijab Pro di bawah:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails