STEVEN SIM CHEE KEONG (berdiri, tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Presiden, Persekutuan Gimnastik Malaysia Rachel Lau (duduk, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cosway (M) Sdn. Bhd. Dr. Alice Lee di Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
SUKAN
KL: 8 Sept. - Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) tidak akan masuk campur dengan keputusan Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan penyertaan negeri itu dalam acara gimnastik, berikutan isu berkaitan pakaian atlet.
Sambil menyatakan itu bukanlah satu isu baharu, Presidennya Rachel Lau berkata persekutuan itu, telah membuat pendirian jelas mengenainya, dengan menyatakan ia adalah isu kerajaan negeri.
“Perkara itu (pakaian atlet gimnastik) telah dibincangkan sejak tahun 2015. Bagi kami, dari sudut pandangan MGF, kami melihatnya setiap negeri mempunyai kuasanya tersendiri, kami tidak akan masuk campur tanpa Kementerian Belia dan Sukan untuk menyelesaikan isu ini, selepas Terengganu membuat keputusan mengawal sukan gimnastik dan juga yang bukan seperti sukan terjun,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjanjian penajaan antara MGF dan Cosway (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Bekas altet gimnastik berusia 32 tahun itu mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, mengenai keputusan kerajaan negeri itu untuk menarik diri daripada mengambil bahagian dalam acara gimnastik, kerana acara itu menuntut atlet melakukan aksi luar daripada kebiasaan dan mengeksploit seorang wanita.
Pada Selasa, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Kerajaan negeri Terengganu bersedia untuk menarik diri daripada sukan-sukan yang tidak pakaiannya tidak patut syariah. Ini termasuklah gimnastik dan gimrama wanita.
Lau bagaimanapun berkata, persekutuan itu mengalakkan atlet gimnastik dari Terengganu yang berminat untuk terus terlibat dalam sukan itu, datang ke ibu negara bagi meneruskan penyertaan mereka dalam kejohanan yang diadakan.
“Kami amat menggalakkan semua atlet gimnastik di Terengganu untuk datang ke Kuala Lumpur, jika mereka mahu terus dalam gimnastik, jadi dari sudut pandangan itu, ada cadangan untuk menerima atlet gimnastik berkenaan. Mereka boleh mengambil bahagian di KL, Selangor, Perak mahupun Kelantan, yang tiada halangan tersebut.
“Kami sebenarnya mempunyai beberapa atlet lelaki dalam gimrama yang sedang berlatih di Bukit Jalil sekarang ini, sesuatu yang telah berjalan lebih 10 tahun. Bukit Jalil bersedia untuk menerima altet ini jika mereka mahu datang,” katanya.
Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail merupakan antara mereka yang memberikan komen mengenai tindakan tersebut, kerana memikirkan masa hadapan atlet wanita yang berpotensi untuk membawa kejayaan kepada negara dalam sukan tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cosway, Dr Alice Lee berkata, melalui kerjasama tiga tahun bersama MGF, syarikat jualan langsung itu akan menaja lebih daripada RM1 juta dalam bentuk tunai, uniform dan peralatan sukan kepada atlet gimnastik negara.
“Inilah kali pertama kami bekerjasama dengan sebuah badan sukan, bersempena dengan ulang tahun kami yang ke-40. Ini selaras dengan usaha penjenamaan semula untuk sampai kepada golongan muda dan mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat,” katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Kiong. - BERNAMA
Lihat ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
Puak kafir sanggup membantu orang Islam menyertai sukan yang berunsur maksiat kerana puak kafir tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam.
ReplyDeleteMana ular-ma pandap? Mengapa berdiam diri seperti syaitan bisu @ pasu bunga? Adakah tugas kamu hanya mencipta alasan untuk menghalalkan yang haram?