Sunday, September 08, 2019

Penyanyi 'Nothing Compares 2U' Akhirnya Memeluk Islam. Undur Dari Industri Muzik.

Alunan 'Nothing Compares 2U' dalam 'versi baharu' Sinead O'Connor
Sinead hadir dengan imej berhijab dan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Compares 2 U dan The Pogues Rainy Night in Soho - Gambar Twitter @RTEOne  
HALAMAN HIBURAN

Mengejutkan! 
Penyanyi 'Nothing Compares 2U' Akhirnya Memeluk Islam. 
Bertukar Nama Dari Sinead O'Connor Ke Shuhada' Davitt. 
Kini, Undur Dari Industri Muzik.

PENONTON sebuah program bual bicara lewat malam,The Late Late Show, pada Jumaat terpukau menyaksikan penyanyi legenda Sinead O'Connor kembali beraksi.

Mengalunkan lagu popularnya, Nothing Compares 2U, penyampaiannya kali itu dikatakan lebih bermakna dan mendalam penghayatannya, memandangkan lirik lagu itu disampaikan dalam pemahaman yang berbeza.

Pada tahun lalu, penyanyi asal Ireland yang popular sekitar tahun 80-an dengan imej berkepala botak itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam.

Malam itu, Sinead yang tampil dalam dres merah labuh dan berhijab, berkongsi dengan hos rancangan berkenaan, Ryan Tubridy, mengenai pengunduran dirinya dari industri muzik kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada dirinya sendiri.

Pada masa sama, dia juga berkongsikan juga mengenai kisahnya memeluk agama Islam dan bagaimana perubahan itu berlaku.

"Jika anda mengkaji al-Quran, anda semua akan menyedari bahawa anda sebenarnya seorang muslim sepanjang hidup anda.

"Saya membesar di Ireland yang sangat berbeza dengan apa yang ada sekarang, negara yang tertindas dan bila bercakap pasal agama semuanya kacau bilau," katanya berkongsikan kisah hidupnya di program bual bicara tersebut kepada Tubridy.

Sinead hadir dengan imej berhijab dan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Compares 2U dan The Pogues 'Rainy Night in Soho.'

Persembahan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang begitu merindui nyanyian daripada Sinead.

Sekitar Oktober tahun lalu, penyanyi berasal dari Ireland itu meninggalkan agama Kristian untuk memeluk agama Islam, dan menukar namanya kepada Shuhada' Davitt.

Pendedahan tersebut dikongsi penyanyi tersebut menerusi akaun Twitter mliknya.

SINEAD O'CONNOR
SINEAD O'CONNOR kini dikenali dengan nama Islamnya, Shuhada Davitt.
(IH)


Lihat sebelum ini..

4 comments:

  1. Orang Eropah dan orang Amerika berlumba-lumba memeluk agama Islam di waktu puak munafiqun Melayu liberal sibuk menyesatkan unat Islam dengan pelbagai ajaran sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, syiah, qadiani dll.

    ReplyDelete
  2. Berapa ramai muslim liberal mengislamkan kafirun. Dan berapa ramai muslim liberal yang dikafirkan oleh avengalist dap. Islam adalah agama persekutuan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Islam dipisahkan sebagai agama ibadah tiada kaitan dengan pengurusan dan pentadbiran negara menurut penjajah inggeris. Muslim liberal versi sekarang sangat lunak dengan dap. Dan liberal mengatakan semua agama adalah sama. Legasi penjajah berada dalam liberal.

    Jangan dikondem pan. Mereka akan marah. Janji janji dahulu jangan diungkit. Kerana manifesto bukan kitab suci. Jangan dihina persahabatan dengan dap, kerana persahabatan seagama bukan keutamaan.

    Kempen "utama produk muslim" tidak matang,kerana rasis. Bila hati rabun, sejarah ekonomi islam madinah di era sesudah hijrah tidak lagi dirujuk. Logik akal mengatasi peraturan quran dan sirah nabi saw.

    ReplyDelete
  3. Tentera kacang merah 5:51 pm ternakan parti rasis DAPig adalah barua sesat lagi menyesatkan yang sanggup menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam kerana upah dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi ternakan DAPig.

    Perjuangan Islam berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah yang dibawa oleh Parti Islam PAS adalah perjuangan yang benar untuk menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam walaupun perjuangan PAS difitnah dan diburuk-burukkan oleh puak kafir harbi dan puak munafik liberal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan untuk komen 6:31pm:

      Tentera kacang merah 4:51 pm ternakan parti rasis DAPig adalah barua sesat lagi menyesatkan yang sanggup menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam kerana upah dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi ternakan DAPig.

      Delete