Selain dilepaskan daripada segala beban dan masalah, peluang menjadi tetamu Allah menjanjikan 1,001 kelebihan bagi yang benar-benar menghayatinya.
Seperti bandar-bandar lain yang pernah penulis lawati, peluang berada di kota Mekah baru-baru ini tidak dilepaskan untuk meneroka kawasan sekitarnya bagi mendekati kehidupan masyarakat di Tanah Suci itu.
Di negeri yang paling dicintai Allah SWT dan juga tanah kelahiran rasul-Nya itu, tidak timbul rasa takut dan gementar.
Hasrat untuk memasuki penempatan di sekitar kota Mekah itu dimakbulkan Allah apabila saya ditemukan dengan seorang rakyat Malaysia yang sudah tujuh tahun bermastautin di tanah suci itu.
Beliau adalah pemilik Hotel Soraya Ajyad iaitu tempat di mana saya dan 50 orang para jemaah mualaf yang mengikuti program umrah tajaan Koperasi Permodalan Mualaf Berhad tinggal semasa di Mekah.
Pertemuan dengan Saifudin Masodi, 55, pada petang itu membuka perbualan yang menarik iaitu tentang kewujudan komuniti Melayu di tengah-tengah kota Mekah.
LEGASI MELAYU JAWI
Hasil carian imej untuk Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.
Hasil carian imej untuk Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.
Hasil carian imej untuk Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.
Hasil carian imej untuk Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.
Gambar di atas, Jabal Ajyat antara perkambungan Melayu di Mekah..
Menurut Saifudin, orang Melayu atau lebih dikenali sebagai orang Jawi bukan komuniti asing dalam kalangan penduduk Mekah bahkan 
telah berasimilasi dengan baik sejak kedatangan mereka ke kota itu sejak lebih 200 tahun yang lalu.
Katanya, kemasukan orang Melayu ke kota Mekah bermula daripada kunjungan mengerjakan ibadah haji dan untuk menuntut ilmu daripada ulama-ulama terkenal di situ.
“Peluang berada di bumi para anbiya ini menyebabkan ada yang terpikat dengan cara hidup dan mengambil keputusan untuk terus menetap di sini. Kebanyakannya adalah orang Melayu dari Pattani, Thailand; Kelantan, Kedah dan Terengganu manakala selebihnya dari Indonesia.
“Pada ketika itu Arab Saudi masih lagi mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang dan mahu tinggal di sini,” katanya yang menganggarkan komuniti Melayu di Mekah kini mencecah 50,000 orang.
Beliau berkata, kelangsungan hidup orang Melayu di Tanah Suci ketika itu ‘disara’ melalui penglibatan mereka dalam aktiviti pengendalian pakej-pakej haji sehingga kebanyakan mereka digelar ‘Syeikh Haji’ dan diterima baik oleh masyarakat Arab Mekah.
Bahkan katanya, lokasi penempatan jemaah haji yang datang dari Tanah Melayu menaiki kapal laut pada waktu itu hanya terletak beberapa meter dari pintu masuk Masjidilharam (King Fahad).
Penginapan berupa pangsapuri empat tingkat yang diberi nama Rumah Selangor dan Rumah Kedah itu boleh dikatakan sebagai ‘permulaan’ kepada perkampungan orang Melayu di Mekah.
Bagaimanapun katanya, ‘perkampungan kecil’ di pekarangan Masjidilharam itu hanya bertahan sehingga penghujung 1990-an sebelum kerajaan Arab Saudi mengarahkan mereka berpindah bagi memberi laluan kepada projek pembesaran kawasan masjid berkenaan.
“Kumpulan orang Melayu yang terlibat dalam pengendalian pakej-pakej haji dan yang datang untuk belajar ilmu agama pada ketika itu merupakan antara kelompok Melayu terawal sebelum generasinya berkembang ke serata Mekah,’’ kata beliau.
Menurut Saifudin, pada masa sekarang antara penempatan terbesar masyarakat Melayu adalah di Ajyad Sud yang terletak di lereng Bukit Khandamah, kira-kira 900 meter dari Masjidilharam.
Beberapa penempatan lain termasuk Jabal Sudan, Awali, Sofia, Nuzhah, Ka’kiah, Syisha dan Hutaibiah.
Asimilasi Melayu dalam masyarakat Arab
Menyambung semula ceritanya, Saifudin Masodi berkata, monopoli orang Melayu dalam pengurusan dan pengendalian pakej haji mula ‘pecah’ apabila Arab Saudi memperkenal sistem muassasah iaitu kaedah pengurusan haji yang 
dikawal secara berpusat oleh kerajaan.
Katanya, walaupun perniagaan pakej haji semakin terjejas ekoran pelaksanaan muassasah, sebahagian daripada orang Melayu di Mekah masih bergantung kepada sektor pelancongan haji dan umrah sebagai 
mata pencarian misalnya dengan bekerja sebagai mutawif.
Sementara itu, isteri Saifudin, Azrilah Abdul Aziz berkata, adaptasi budaya masyarakat Melayu dengan budaya Arab sudah lama serasi bahkan ramai orang Melayu Mekah yang mengamalkan perkahwinan campur dengan orang Arab.
Pensyarah di Universiti King Abdulaziz, Jeddah itu berkata, melalui kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi, tahap kehidupan orang Melayu di negara
 itu semakin meningkat walaupun masih ada aspek yang boleh dipertingkat.
“Walaupun ada yang mencapai kejayaan dalam bidang profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan sebagainya, masih ramai yang bergantung kepada pekerjaan yang tidak begitu menjamin masa depan,” katanya. (27 Januari 2017, Utusan Melayu.)

Video:

Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...

Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5). 

Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...

Siri 7Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..

Siri 8: Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)