KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) masih berhalangan untuk melakukan pindaan perlembagaan kerana tiada kuasa dua pertiga.
Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, halangan itu menyebabkan PH tidak boleh menbuat pindaan perlembagaan sewenang wenangnya.
Katanya PH masih mengharap sokongan parti lain untuk membuat pindaan perlembagaan.
"Antaranya usia layak mengundi kepada 18 tahun dilulus di parlimen beberapa bulan lepas kerana sokongan pembangkang," katanya pada Munaqasyah Ucapan Presiden di Putik hari ini.
Hadir sama Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Dr Fadzli Hassan, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Dato Che Abdullah Mat Nawi, bendahari Dato Hanifa Ahmad dan Ketua Penerangan Dato Mohd Nassuruddin Daud.
Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, di parlimen sekarang pembangkang masih ada ruang membahas sesuatu pindaan rang undang-undang.
"Kalau PH mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen membolehkan mereka melakukan apa sahaja.
"Ketika itu kalau rakyat menangis pun sudah tidak guna lagi. Sekarang masih ada ruang pembangkang yang terdiri daripada BN, Umno, PAS dan GPS membahas," ujarnya.
Katanya sokongan pembangkang pindaan umur mengundi kepada 18 tahun dengan syarat pendaftaran pengundi secara automatik. –HARAKAHDAILY 28/9/2019
No comments:
Post a Comment