Saturday, September 14, 2019

Rogol Pembantu Rumah, Oleh Pendatang &Keturunan Pendatang?

Hasil carian imej untuk rogo pembantu rumah

Rogol pembantu rumah, warga India dipenjara 13 tahun, 7 sebatan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara India dihukum penjara 13 tahun dan 7 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang pembantu rumah, tahun lepas. 

Hakim Noradura Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas N Balu ,44, seorang buruh, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini. 

Dalam penghakimannya, beliau berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh amat mengecewakan apabila peluang dan ruang yang diberikan kepadanya untuk bekerja disalahgunakan. 

“Mahkamah mengambil kira prinsip kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh. 

“Di Malaysia, warga asing diberikan kebebasan untuk bekerja mahupun melakukan aktiviti sosial, namun mereka tidak boleh melakukan kesalahan jenayah sewenang-wenangnya. Tambahan pula, Malaysia memberi jaminan keselamatan kepada seluruh masyarakat, termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya. 

Noradura berkata, mahkamah juga mendapati tertuduh tidak serius ketika memberi keterangan berdasarkan lenggok badan dan cara bercakap yang sambil lewa. 

“Mahkamah juga mendapati keterangan tertuduh adalah penafian semata-mata, tidak berasas dan tiada merit,” katanya yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan kes yang bermula 14 Ogos lepas. 

Tertuduh didakwa merogol seorang wanita warganegara Indonesia berusia 43 tahun di dalam bilik di pangsapuri kos rendah di Brickfields di sini pada 11 pagi, 16 Dis 2018 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan. 

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman penjara yang setimpal terhadap kesalahan serius yang dilakukan tertuduh. 

“Dalam kes ini, kejadian berlaku di Malaysia memburukkan nama baik dan imej negara di mata dunia.

“Tertuduh juga adalah warganegara asing, sekiranya kesalahan seperti ini tidak dikawal ia boleh menjejaskan keselamatan wanita dan kanak-kanak perempuan. Perbuatan tertuduh mengakibatkan mangsa mengalami trauma kesan daripada kejadian itu,” katanya. 

Peguam Razman Sahat yang mewakili Balu merayu hukuman penjara minimum kerana anak guamnya menanggung keluarga di negara asalnya. 

“Hukuman pemenjaraan panjang terhadap anak guam saya hanya akan menambah kos penyelenggaraan tanggungan banduan dalam kalangan warga asing,” katanya sambil menambah anak guamnya tinggal di negara ini selama 9 tahun.


Komen Minda Rakyat:  Adun DAP rogol selamat aje?? Hebatnya kerajaan PH

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

 Hasil carian imej untuk Warga asing merogol
Komen Weblog Ibnu Hasyim
: Dalam Islam inilah hukumnya, tak kira samada pelakunya adalah pendatang atau dari keturunan pendatang.



Lihat polemik ini..
Soalan; 
1. Seorang perempuan yang datang kepada pemerintah mengatakan bahawa dia telah di rogol oleh seorang lelaki yang dia kenali, tetapi dia tidak dapat membawakan 4 orang saksi untuk membuktikan kejadian tersebut. 

Adakah perempuan tersebut akan di kenakan sebatan 100 kali kerana dianggap sebagai kesalahan zina. Ataupun sebatan 80 kali kerana tuduhan tanpa membawa saksi. Dalam hal ini apakah hak dia (perempuan tersebut) di dalam Islam untuk mendapatkan keadilan sebagaimana yang kita tau memang sukar untuk mendapatkan 4 orang saksi tersebut. 

Atau dia hanya perlu mendiamkan diri kerana takut akan sebatan 80 kali dan hanya membiarkan kemungkaran tersebut terus berlaku.

2. Bagaiamana pula jika seorang perempuan datang kepada pemerintah mengadu yang dia dirogol oleh seorang lelaki yang dia kenali tetapi dia tidak dapat membawa 4 orang saksi tetapi membawa bukti yang dia telah mengandung sekarang hasil dari kezaliman tersebut. 










Menurut Prof. Dr. Yusuf Sulaiman; “Wanita yang dirogol jika pengaduan/dakwaannya (bahawa ia dirogol) terbukti benar, ia tidak akan dikenakan hukuman hudud dan sebarang hukuman yang lain, sebaliknya ia dijaga dan dipelihara hingga melahirkan anak dan dinasabkan anak itu kepadanya dan ia dikahwini selepas itu atas sifatnya sebagai wanita yang belum pernah berkahwin jika ia sememangnya belum pernah berkahwin” (Lihat pandangan beliau dalam; http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614850)

2. Adapun hukuman ke atas perogol, jika ia mengakui jenayahnya atau jenayahnya disabitkan dengan keterangan dari empat orang saksi yang melihat jenayah itu berlaku di hadapan mereka dengan jelas dan terang, maka ia akan dikenakan hukuman hudud iaitu 100 sebatan jika ia belum pernah berkahwin atau direjam sampai mati jika telah berkahwin. 


Adapun hudud dan qisas, ia tidak boleh dijatuhkan dengan semata-mata bukti DNA, tetapi mesti dengan keterangan saksi atau dengan pengakuan dari tertuduh sendiri.[3] Hukuman takzir adalah terserah kepada kearifan pemerintah untuk menentu dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah terbabit. 


Rujukan;
1. Pandangan Prof. Dr. Yusuf Sulaiman di alamat web; (
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614850)
2. Pandangan Dr. Yusuf bin Ahmad al-Qasim (pensyarah Fiqh Perbandingan di Institut Tertinggi Kehakiman Arab Saudi) di alamat web; (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528623430)
3. al-Qadhaya at-Thibbiyyah al-Mu’asirah, Prof. Dr. Ali Muhyiddin al-Qarrah Daghi dan Prof. Dr. Ali Yusuf al-Muhammadi.
Nota kaki;
[1] Al-Jami’ as-Soheh, Imam as-Suyuti, no. 4461.
[2] Kerana ia telah berkahwin.
[3] Al-Qadhaya at-Thibbiyyah al-Mu’asirah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment