Wednesday, September 18, 2019

Rumah Penduduk Diroboh. Mana Peri Manusia?




SHAH ALAM: “Di mana sikap keperimanusiaan Kerajaan Negeri Selangor apabila mengambil tindakan meroboh rumah tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada penduduk?” luah penduduk, Faisel Mohd Shapie.
r3
Katanya, tidak dinafikan telah ada notis perpindahan yang diberikan selama 30 hari yang berakhir pada 5 September lalu.

Bagaimanapun ujarnya, kerajaan negeri melalui Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa telah memberi tempoh penangguhan sehingga bulan November selepas penduduk membuat permohonan penangguhan pada 4 September lalu.
“Namun apa yang berlaku, hari ini tiba-tiba rumah penduduk dirobohkan tanpa memberi sebarang pemberitahuan.
“Penduduk tidak membuat apa-apa persediaan kerana ingat tiada sebarang perobohan sehingga November.
“Sekarang ke mana kami nak pergi?” soalnya ketika ditemui di Sungai Kedongdong, Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh hari ini di sini.
Lebih menyedihkan katanya, apabila penduduk tidak mempunyai tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan.
Faisel berkata, penduduk tidak meminta sebarang pampasan atau sebagainya, hanya memerlukan tempoh sehingga hujung tahun ini sahaja berikutan tanah yang diduduki mereka hak milik kerajaan.
Bagaimanapun, sesetengah penduduk mempertikai apabila mereka mempunyai  geran tanah persendirian, tetapi tetap dirobohkan.
Terlebih dahulu, sebanyak lebih kurang 92 buah rumah akan dirobohkan pada hari ini  bagi perlaksanaan projek perlebaran Sungai Kedongdong. – HARAKAHDAILY 18/9/2019
Lihat rumah ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

1 comment:

Anonymous said...

Rumah kaum Melayu dirobohkan oleh Pakatan Hancing. Mak lampir pula sibuk tawarkan rumah kepada puak china komunis. Selepas ini apa pula?

Dasar apartheid Pakatan Hancing:

Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails