Arab Saudi perkenal visa baharu
Arab Saudi buka pintu kepada pelancong asing
RIYADH - Arab Saudi mengumumkan kelmarin bahawa ia akan menawarkan visa pelancongan buat kali pertama sekali gus membuka pintu negara konservatif itu kepada pelancong asing sebagai sebahagian usaha untuk meluaskan sumber ekonomi dan tidak lagi bergantung kepada minyak.
Merancakkan industri pelancongan merupakan antara fokus utama program reformasi Visi 2030 oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman bagi mempersiapkan ekonomi Arab Saudi selepas era minyak.
Pengumuman itu menyusul hanya dua minggu selepas serangan ke atas infrastruktur minyak Arab Saudi dalam insiden yang menggemparkan pasaran minyak dunia dan meningkatkan kebimbangan konflik lebih besar tercetus di rantau tersebut.
“Membuka pintu Arab Saudi kepada pelancong antarabangsa adalah detik bersejarah untuk negara kami,” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Arab Saudi, Ahmed al-Khateeb dalam satu kenyataan akhbar.
“Pelancong pasti terkejut dengan khazanah yang kami akan kongsikan dengan mereka termasuk lima Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), budaya tempatan yang meriah dan keindahan alam semula jadi yang memukau,” tambahnya.
Arab Saudi akan membuka permohonan untuk visa pelancong secara online kepada rakyat di 49 negara bermula hari ini, lapor rangkaian berita Bloomberg News yang memetik kenyataan Ahmed.
Ahmed turut berkata, negaranya akan melonggarkan peraturan ketat terhadap pakaian wanita asing, membolehkan mereka bergerak tanpa memakai jubah abaya yang diwajibkan kepada wanita tempatan.
Pelancong asing bagaimanapun masih perlu berpakaian sopan, tambah Ahmed tanpa memberi perincian lanjut.
Pemberian visa ke Arab Saudi sebelum ini terhad kepada pekerja asing, ahli keluarga mereka dan jemaah haji serta umrah. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada yang bertanya, apa erti 'longgar' dalam ayat ini, "..negaranya akan melonggarkan peraturan ketat terhadap pakaian wanita asing, membolehkan mereka bergerak tanpa memakai jubah abaya yang diwajibkan kepada wanita tempatan"?
Mungkin longgarnya seperti gambar di bawah?
Tapi kalau pelancong berpakaian begini pula (seperti 2 gambar di bawah), nak longgar apa lagi? Pelancong bebas syariat?
Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5).
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
Siri 7: Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
Siri 8: Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)
Siri 9: Ini, 16 Penyanyi Berdarah Arab (9). Tak Kalah = Pe...
Siri 10: Wanita Saudi Peluk Penyanyi Lelaki Di Konsert Taif...

Siri 11: Gadis Saudi Murtad Lari Luar Negara (11). Dibantu/...
Siri 12: Hebatnya PAS, K'tan Lebih Baik Dari Saudi (12) Kon..
Siri 13: 13 Perkara Mengenai Orang Arab (13). Rempit Dengan...
Siri 14: Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..
Siri 15: Saudi Buka Pintu Pelancong (15): Longgar Pakaian W...

umat islam ramai tapi dah macam buihhhh
ReplyDeletelonggar langgar perintah Allah
sepatutnya a saudi negara islam ikut hukum islam
jngana bagi muka kat puak zindiq
nak duit sanggup ingkar hukum Allah
Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.