KUALA LUMPUR 13 Sept.- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin digesa mempertimbangkan semula cadangan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) khas bagi pembeli di China dan Hong Kong.
Ketua Penyelaras Pusat Sumber untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (Reach), Datuk Iskandar A. Samad berkata, Zuraida sebaliknya perlu mengutamakan usaha menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi rakyat di negara ini.
"Reach berpandangan masih ramai rakyat Malaysia belum memiliki rumah dan menghadapi masalah untuk membelinya maka mereka ini yang perlu didahulukan dan dibantu bukannya rakyat negara luar.
"Bantahan besar-besaran terhadap campur tangan Beijing di Hong Kong telah membuat wilayah itu berada di dalam keadaan tidak stabil dan akan menyebabkan ramai penduduknya berhijrah ke negara luar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Iskandar, Zuraida juga tidak sepatutnya menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama penduduk kedua-dua negara sebaliknya beliau seharusnya membiarkan Hong Kong dan China menyelesaikan masalah mereka sendiri.
"Reach mengingatkan Zuraida bahawa beliau adalah Menteri Perumahan Malaysia dan bukan Menteri Perumahan Hong Kong atau China.
"Selesaikan masalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat negara lain," tegasnya.
Zuraida sebelum ini memberitahu, beliau akan mendapatkan kelulusan daripada Kabinet mengenai HOC khas bagi pembeli China dan Hong Kong. - UTUSAN ONLINE
Lihat sebelum ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Lihat sebelum ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Lihat juga..
No comments:
Post a Comment