Friday, October 11, 2019

7 Suspek LTTE Ditahan Di Operasi 6 Negeri. -Polis

Hasil carian imej untuk LTTE ditubuhkan pada 1976
'Seorang Suspek LTTE Rancang Serang Kedutaan Sri Lanka'

POLIS menjangkakan lebih ramai penyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan ditangkap dan memberi amaran tiada tolak ansur terhadap pihak yang mengancam keselamatan negara. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata demikian ketika mengumumkan tujuh suspek yang mempunyai kaitan dengan LTTE ditahan dalam operasi di enam negeri antara jam sembilan pagi hingga dua petang. 

Antara yang ditahan ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Melaka dan Negeri Sembilan, selepas disyaki terlibat mempromosikan LTTE. Turut ditangkap seorang ejen insurans yang merancang menyerang bangunan kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur, menurut Ayob dalam sidang media hari ini. 

Katanya, ejen insurans itu merancang membuat serangan itu dengan penyokong LTTE lain yang belum ditangkap. Ayob berkata pihak polis telah memulakan siasatan dan memantau kumpulan itu sejak November tahun lalu. 

LTTE ditubuhkan pada 1976 untuk memperjuangkan kemerdekaan wilayah Tamil Eelam di Sri Lanka. Kumpulan itu mendakwa dasar-dasar kerajaan Sri Lanka mendiskriminasi golongan Tamil. Kumpulan itu dilabelkan sebagai pengganas selepas didakwa mencabul hak asasi manusia dan melakukan jenayah perang, termasuk pembersihan etnik.
(Diangkat dari http://gigitankerengga.blogspot.com)


Lihat sebelum ini..


Gambar atas, Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

Hasil carian imej untuk ibnu hasyim
Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com 
November 3, 2009
Maradana, Colombo, Sri Lanka.

E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka

Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan.. Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails