Thursday, October 24, 2019

‘Ada tangan ghaib sokong graduan' -Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.

Hasil carian imej untuk tangan hitam
BANGI, 24 Safar 1441H, Rabu – Tindakan graduan kejuruteraan, Wong Yan Ke yang membawa plakad bantahan ke pentas ketika istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM), minggu lalu dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu, dakwa Ahli Dewan Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.
Beliau berkata, protes yang disifatkan sebagai kurang ajar itu sama sekali tidak akan berlaku jika bukan kerana ‘tangan ghaib’ yang memberi sokongan terhadap graduan berkenaan. 
Tambahan lagi, apabila universiti itu tidak pernah menghalang pelajarnya untuk menyuarakan sebarang pendapat, bahkan juga untuk berdemonstrasi secara aman, katanya.
“Sejak tahun 60-an lagi UM ada Speakers Corner. Pelajar cukup suka berdemonstrasi zaman 70-an, UM tak pernah menzalimi pelajar. Dalam konteks Yan Ke ini, bukan menyuarakan pendapat, tetapi ia adalah sikap gangsterisme, berlaku atas provokasi komunis.
“Saya sebagai bekas naib canselor IPTA, ini kali pertama berlaku suasana kurang ajar seperti ini. Kita boleh bersuara, tetapi ada tempat, ada masa,” katanya dalam wawancara Kerusi Panas yang disiarkan secara langsung oleh TV Pertiwi, malam ini. 
Bagaimanapun, dalam konteks konvokesyen, Dr Ibrahim berkata, perlu difahami bahawa ia adalah sebuah majlis yang cukup tertib dan beradab. 
“Tak pernah orang buat protes masa konvokesyen, saya lama belajar di luar negara, bahkan ‘Orang Putih’ pun tak buat.
“Ada tangan ghaib di belakang protes itu, kalau tidak ada tangan ghaib, tiada yang sokong, dia tak akan kurang ajar sebegitu rupa. Dia terlampau biadab, terlampau berani, dan dia macam tak kisah siapa-siapa, dia buat macam dunia ini dia punya,” katanya lagi.
Ketika istiadat konvokesyen ke-59 UM itu, Yan Ke membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak pemimpin universiti itu meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’.
Ia dipercayai ditujukan kepada naib canselor universiti yang menurut graduan itu telah menggunakan nama UM untuk politik kaum dan kepentingan parti ketika Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKMM) UM pada 6 Oktober lalu.
Susulan itu, UM membuat laporan polis dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan lanjut. (ismaweb)


Lihat sebelum ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails