Gunasekaran ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman di rumahnya di Kampung Baru Rahang, pagi tadi. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
SEREMBAN: Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran, ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman di rumahnya di Kampung Baru Rahang, di sini pagi tadi.
SEREMBAN: Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran, ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman di rumahnya di Kampung Baru Rahang, di sini pagi tadi.
Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya itu ditahan pada jam 9.58 pagi di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, berkata pihak polis bagaimanapun tidak menjelaskan sebab tangkapan itu.
“Saya dimaklumkan bahawa YB (Gunasekaran) ditahan di rumahnya pagi tadi sebelum beliau dibawa ke pejabatnya di sini (Seremban Jaya) sebelum anggota polis membawanya ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
"DAP Negeri Sembilan terkejut dengan tangkapan ini kerana beliau adalah seroang wakil rakyat yang dihormati masyarakat setempat. Kita juga tidak dimaklumkan tujuan tangkapan itu.
"DAP Negeri Sembilan terkejut dengan tangkapan ini kerana beliau adalah seroang wakil rakyat yang dihormati masyarakat setempat. Kita juga tidak dimaklumkan tujuan tangkapan itu.
“Kita meminta supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan perkara ini dan berharap Gunasekaran akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya pada sidang media di Pusat Khdimat DUN Seremban Jaya, di sini hari ini.
Kok Seong ketika mengulas lanjut, berkata, DAP Negeri Sembilan bersedia menghulurkan bantuan guaman supaya Gunasekaran dapat dibebaskan dengan segera.
“Saya juga menyeru masyarakat supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi dengan memberi masa kepada pihak polis untuk jalankan siasatan,” katanya.
Sementara itu, adik Gunasekaran, P Minal Veeran, 54, berkata ketika serbuan dilakukan sepasukan 14 hingga 16 anggota polis, Gunasekaran yang menetap bersamanya sedang membaca surat khabar di bilik berasingan.
Minal Veeran berkata, ketika serbuan dilakukan sepasukan 14 hingga 16 anggota polis, Gunasekaran yang menetap bersamanya sedang membaca surat khabar di bilik berasingan. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
“Polis kemudian memanggilnya masuk ke sebuah bilik untuk menjelaskan bahawa dia ditahan untuk siasatan. Gunasekaran sempat memberitahu saya bahawa dia ditahan mengikut SOSMA tetapi sebab tangkapan itu tidak diketahui,” katanya.
Minal Veeran berkata, polis mengambil keterangan Gunasekaran selama sejam di rumah sebelum dibawa ke pejabatnya.
“Polis menggeledah pejabat Gunasekaran kira-kira sejam sebelum mereka mengambil beberapa bahan bacaan seperti majalah, buku dan surat khabar tulisan Tamil.
“Bagaimanapun, pihak polis tidak mengambil sebarang dokumen berkaitan hal ehwal pusat khidmat ini dan terus membawa Gunasekaran ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya. (BH)
No comments:
Post a Comment