Thursday, October 03, 2019

A/Parlimen Indonesia Beristeri 3. Di M'sia Ada Tak?

Kebahagiaan Ahli Parlimen Indonesia beristeri tiga
Achmad Fadil Muzakki Syah ditemani tiga isterinya semasa menghadiri majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Jakarta, Indonesia pada Selasa. - Gambar Instagram pondokpesantren_al-qodiri


KEHADIRAN Ahli Parlimen Indonesia, Achmad Fadil Muzakki Syah ke majlis angkat sumpah pada Selasa tidak seperti rakan-rakan seperjuangan lain.

Dia bukan hanya ditemani oleh seorang isteri, sebaliknya, Achmad Fadil yang mesra disapa Gus Fadil itu turut membawa sama tiga isterinya ke majlis istimewa yang bersejarah buat beliau.

Memandangkan hadir ditemani tiga wanita yang menjadi teman hidupnya menyebabkan Gus Fadil menjadi sorotan media.

Sebetulnya tidak ramai daripada kenalannya yang mengetahui ahli politik itu mengamalkan poligami.
Dalam wawancara dengan portal berita tempatan, detik.com, Gus Fadil berkongsi mengenai kebahagiaan yang dinikmatinya dengan beristeri tiga.

Bahkan, ketiga-tiga isterinya juga kata Gus Fadil, hidup dalam harmoni

Menurut Gus Fadil, pernikahannya dengan ketiga-tiga isterinya dilakukan mengikut lunas agama dan hukum negara.

"Saya tidak bernikah secara diam-diam. Saya bernikah secara rasmi mengikut tuntutan agama dan hukum negara dengan ketiga-tiga isteri saya," ujar beliau secara terbuka kepada portal berita itu.

Tinggal sebumbung dengan tiga isteri

Niat Gus Fadil berbuat demikian ialah untuk memberikan contoh bahawa amalan poligami itu boleh dilakukan secara harmoni dan bertanggungjawab.

Gus Fadil juga sentiasa mengajak ketiga-tiga isterinya turut serta dalam setiap aktiviti bersama-sama termasuk ketika menghadiri majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bagi penggal 2019 - 2024 pada Selasa.

Lalu tidak hairanlah kenapa foto kehadiran Gus Fadil bersama ketiga-tiga isterinya turut menjadi tular di media sosial.

"Ketiga-tiga isteri saya tidak ada masalah, aku saja," kata Gus Fadil yang sudah lapan tahun mengamalkan poligami.

Ketiga-tiga isteri Achmad Fadil Muzakki Syah menjalani rumah tangga dengan penuh harmoni. - Gambar Instagram pondokpesantren_al-qodiri
Ketiga-tiga isteri Achmad Fadil Muzakki Syah menjalani rumah tangga dengan penuh harmoni. - Gambar Instagram pondokpesantren_al-qodiri


Hasil daripada tiga pernikahan itu, Gus Fadil dikurniakan enam orang cahaya mata dan sedang menanti kelahiran seorang lagi bayi daripada isteri ketiganya.

Beristeri tiga tidak bermakna Gus Fadil harus bergilir-gilir ke rumah isteri-isterinya kerana secara muafakat mereka mencapai kata sepakat untuk tinggal serumah.

Kata Gus Fadil, beliau bersama tiga isterinya tinggal sebumbung di kampung halamannya di di Jember, Jawa Timur.

Bahkan, kata beliau, mereka berempat pernah tidur sebilik.

"Kami tinggal di satu rumah. Bahkan tidak jarang satu kamar berempat," kata Gus Fadil lagi.

Poligami tidak membebankan

Menurut beliau, dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan memiliki tiga isteri, hal itu tidak pernah membebankannya.

Kata Gus Fadil, wang belanja bulanan buat isteri-isterinya diberikan sama banyak iaitu sebanyak Rupiah 2 juta (RM600).

Belanja tetap bulanan itu, bagaimanapun, kata Gus Fadil tidak termasuk kos membeli alat kosmetik dan wang makan.

Menurut Gus Fadil, selain belanja bulanan, beliau juga sentiasa memastikan layanan kepada setiap isteri adil dan saksama

"Kalau ada perbezaan sekalipun barangkali pada keperluan anak-anak. Sebetulnya, keperluan setiap isteri juga tidak sama, tetapi saya pastikan belanja bulanan harus sama buat setiao seorang daripada mereka," ujarnya dipetik sebagaiu berkata.

Menurut beliau, layanan adil buat tiga isteri juga tidak bermakna memenuhi kehendak mereka dengan jumlah yang sama.

Gus Fadil mengakui, ketiga-tiga isterinya mempunyai minat dan selera yang tidak sama dari produk kosmetik sehinggalan pakaian dan makan minum mereka.

Justeru, perbezaan itu menyebabkan beliau harus mengeluarkan belanja tambahan yang berbeza buat mereka.

"Dari aspek pemilihan pakaian, masing-masing ada minat yang berbeza. Demikian juga ketika keluar makan, ada yang gemarkan sup ekor, seorang lagi mahu sate, sudah tentu harga makanan tidak sama," katanya memberi perumpamaan.

Gus Fadil juga memberitahu, pernikahannya dengan ketiga-tiga isterinya dilakukan mengikut lunas agama dan hukum negara.

"Saya tidak bernikah secara diam-diam. Saya bernikah secara rasmi mengikut tuntutan agama dan hukum negara dengan ketiga-tiga isteri saya," ujar beliau secara terbuka.

Niat Gus Fadil berbuat demikian ialah untuk memberikan contoh bahawa amalan poligami itu boleh dilakukan secara harmoni dan bertanggungjawab.

Gus Fadil juga sentiasa mengajak ketiga-tiga isterinya turut serta dalam setiap aktiviti bersama-sama termasuk ketika menghadiri majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bagi penggal 2019 - 2024 pada Selasa.

Lalu tidak hairanlah kenapa foto kehadiran Gus Fadil bersama ketiga-tiga isterinya turut menjadi tular di media sosial.

"Ketiga-tiga isteri saya tidak ada masalah, aku saja," kata Gus Fadil yang sudah lapan tahun mengamalkan poligami.

Hasil daripada tiga pernikahan itu, Gus Fadil dikurniakan enam orang cahaya mata dan sedang menanti kelahiran seorang lagi bayi daripada isteri ketiganya.

Beristeri tiga tidak bermakna Gus Fadil harus bergilir-gilir ke rumah isteri-isterinya kerana secara muafakat mereka mencapai kata sepakat untuk tinggal serumah.

Kata Gus Fadil, beliau bersama tiga isterinya tinggal sebumbung di kampung halamannya di di Jember, Jawa Timur.
Bahkan, kata beliau, mereka berempat pernah tidur sebilik.

"Kami tinggal di satu rumah. Bahkan tidak jarang satu kamar berempat," kata Gus Fadil lagi. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ahli Parlimen atau ADUN di Malaysia belum ada begitu.. Mungkin? 


Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails