Wednesday, October 02, 2019

Artis/Selebriti, Produk Kosmetik Beracun, Serbu!



KUALA LUMPUR: Peluang sudah diberikan, malah pernah didenda di mahkamah atas kesalahan menjual produk kosmetik tidak berdaftar lebih 10 tahun lalu.
Namun semua itu tidak diambil ikhtibar oleh seorang selebriti wanita terkenal yang masih menjual pelbagai produk kosmetik tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Hasil carian imej untuk Rumah artis 'port' racun
Hasil carian imej untuk Rumah artis 'port' racun
Hasil carian imej untuk Rumah artis 'port' racun
Hasil carian imej untuk Rumah artis 'port' racun
Hasil carian imej untuk Rumah artis 'port' racun
Difahamkan artis yang juga pelakon drama terkenal itu masih engkar dengan nasihat supaya semua produk dijual mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum dipasarkan.

Sikap degil artis berusia 40-an itu memakan diri apabila Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) KKM bertindak menyerbu kediaman artis terbabit di Subang Jaya, Selangor, susulan aduan awam yang diterima.
Sumber berkata, serbuan itu adalah kali kedua selepas artis wanita itu pernah diambil tindakan sama pada 2008.
Menurutnya, rampasan dilakukan CPF KKM membabitkan pelbagai kosmetik atas jenama artis terbabit antaranya krim malam, krim siang dan sabun.
“Sebelum serbuan dilakukan, pegawai CPF KKM terlebih dahulu melakukan penyamaran dan membeli produk kosmetik itu bagi mendapatkan bukti.
“Hasil serbuan di kediaman artis itu, CPF KKM merampas lima kosmetik tidak bernotifikasi dengan anggaran nilai rampasan lebih RM15,000,” katanya.
Menurutnya, semua produk itu dihantar ke Bahagian Pengesahan Pendaftaran KKM untuk tindakan lanjut.
"Artis terbabit akan didakwa di Mahkamah Majistet Petaling Jaya pagi ini atas enam pertuduhan kebanyakannya membabitkan kosmetik tidak berdaftar tanpa notifikasi.
"Pendakwaan akan dilakukan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.
Menurutnya, tindakan membabitkan golongan selebriti dan artis ini akan diteruskan berikutan KKM memiliki senarai beberapa lagi artis tempatan yang didapati turut melakukan kesalahan sama.
Mei lalu, selebriti yang juga usahawan kosmetik terkemuka Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM. (MyMetro)


Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

Post a Comment