Tuesday, October 01, 2019

B/SU K/Kewangan PH Tak Mengaku Rasuah RM3J. Biasa, Bosnya Pun Begitu.


ROHAYA Sabot membuat pengakuan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan termasuk dua pertuduhan pilihan berhubung rasuah tender penjualan hartanah di Hong Kong, hujung tahun lalu. NSTP/Nurul Shafina Jemenon
Bekas setiausaha pejabat di Kementerian Kewangan tak mengaku minta rasuah RM3 juta
KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha pejabat di Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga tuduhan rasuah berhubung pembelian hartanah milik kerajaan di Hong Kong, hujung tahun lalu.
Rohaya Sabot, 39, yang masih berkhidmat di kementerian sama, membuat pengakuan berkenaan ketika dihadapkan di hadapan Hakim Azman Ahmad.
Dia dituduh sebagai setiausaha pejabat di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan, meminta suapan berjumlah RM3 juta daripada Wan Mohamad Wan Yusuf.
Wang itu sebagai dorongan membantu Wan Mohamad selaku wakil Syarikat Allied Vantage International Group Limited (AVL) dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli aset kerajaan, iaitu Bangunan Malaysia di 47-50, Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di PappaRich Ayer@8 Lot B2-G-2 Ayer 8, Presint 8, Putrajaya pada 25 November 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.
Rohaya yang diwakili peguam, Ravin Jay juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut seksyen sama.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima RM50,000 daripada individu sama melalui akaun CIMB Bank dan tuduhan ketiga, menerima RM3,000 melalui deposit tunai ke akaun Maybank Islamic Berhad miliknya sebagai dorongan bagi tujuan yang sama.
Rohaya didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Maybank Islamic Berhad Al-Idrus Cawangan Kuching di Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching, Sarawak, masing-masing pada 14 Disember dan 26 Disember 2018.
Wanita itu turut mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan pilihan, iaitu menipu individu sama dengan memperdaya mangsa bahawa dia boleh membantu syarikat sama dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset sama.
Perbuatan itu mendorong mangsa memasukkan RM50,000 dan memindahkan RM3,000 dari akaun CIMB Bank ke akaun Maybank Islamic Bhd milik tertuduh di tempat dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan itu, Rohaya didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zander Lim Wai Keong memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan kerana kesalahan dilakukan adalah serius.
Peguam tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah memberikan jaminan rendah sebanyak RM10,000 dengan alasan gaji bulanannya hanya RM5,500 dan perlu menanggung bapa yang uzur selain mempunyai komitmen pinjaman perumahan.
Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.
Mahkamah juga menetapkan 29 Oktober ini untuk sebutan semula kes. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bekas Setiausaha Kementerian Kewangan Kerajaan PH tidak mengaku  minta rasuah RM3 juta. Biasalah tu, bosnya pun begitu.
Bahkan yang terang-terang ADUN dituduh merogol pembantu rumahnya pun tak mengaku bersalah.


7 comments:

I said...

TT... jangan buat dosa... biar yang berkuasa menjadi hakimnya. Sapa kita nak cakap salah dan betulnya...

Anonymous said...

Betui sangat. Sapa yg boleh tentukan Ajib salah atau tidak,kecuali dah ada keputusan mahkamah.

Unknown said...

Ya kena adil, selagi tak terbukti bersalah jangan kita hukum,walaupun pada musuh kita, apalagi pada orang yg tak kita kenal dan takde apa2 permusuhan pun dengan kita

I said...

Saya percaya pembunuh arwah Ajib tak akan aman hidupnya dibury rasa bersalah pasal membunuh orang yang tak bersalah. Dalam hidup kita ini apakah yang paling sukar sekali menjaganya...? Tentulah menyimpan atau menjaga rahsia. Si pembunuh terpaksa menyimpan rahsianya menyebabkan kematian arwah seumur hidup.... aduh... itu pun belum lagi polis keluarkan tawaran kewangan yang boleh beri maklumat hingga tertangkapnya si pelaku...

Anonymous said...

Yang jadi pemimpin biar bebas dari kes mahkamah. Jika sudah ada keputusan mahkamah serta didapati bersalah dan terhukum penjara, elok undur diri. Atau jika ada yang terlibat kes tidak bermaruah, elok juga berundur. Intergriti penting, jangan terlalu mendesak untuk pegang jawatan ketika rata rata mahukan yang terbaik dan bersih. Macam macam boleh jadi bila terlalu menuntut jawatan.

Anonymous said...

Contoh menteri yang terlibat kes terowong dan bangalow, orang bawahan pun minat dengan apa yang dibuat oleh boss. Juta juta nuntut ganjaran untuk kelulusan. Teladan buat orang bawahan. Rasuah boss, rasuah orang bawahan. Liwat boss, liwat juga orang bawahan. Bersih boss, bersih orang bawahan. Suatu sifir mudah buat pengajaran masyarakat.

Anonymous said...

(Blogger I said...
Saya percaya pembunuh arwah Ajib tak akan aman hidupnya dibury rasa bersalah pasal membunuh orang yang tak bersalah. Dalam hidup kita ini apakah yang paling.....)

Macam ada pengalaman jer!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails