Monday, October 21, 2019

Bukan Komplot, Tapi Wajib Bentuk K'jaan Baru Tanpa DAP, 7 Sebab..

Hasil carian imej untuk Komplot bentuk kerajaan baru tanpa DAP
Hasil carian imej untuk Komplot bentuk kerajaan baru tanpa DAP
Komplot bentuk kerajaan baru tanpa DAP, Amanah, akan gagal. 
KUALA LUMPUR: Komplot pembentukan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah adalah tidak bermaruah dan akan gagal, kata Khalid Samad. Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, beliau yakin semua pimpinan komponen Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang mahukan Putrajaya ditadbir gabungan itu. 

“Saya yakin komplot ini akan gagal. Semua parti dalam PH akan pegang kepada janji,” katanya pada sidang media sempena Sambutan Hari Penguatkuasa ke-50 Jabatan Penguatkuasaan DBKL di Dataran Merdeka di sini, hari ini. 

Khalid turut menyifatkan pihak yang cuba berkomplot membentuk kerajaan melalui pintu belakang itu sebagai tidak bermaruah. “Usaha komplot, sekiranya benar, ia merupakan usaha bentuk kerajan pintu belakang dan tidak bermaruah. 

“Saya menyeru pembangkang supaya menghormati mandat rakyat yang inginkan PH memerintah dan jangan mereka khianati mandat itu dengan usaha nak tubuh kerajaan melalui pintu belakang,” katanya. 

Khalid berkata, tindakan pihak pembangkang cuba membentuk kerajaan tanpa melalui pilihan raya menampakkan bahawa mereka bimbang tidak akan memenangi pilihan raya akan datang jika PH diberi laluan memerintah sehingga lima tahun. 

“Beri PH perintah selama lima tahun. Walaupun saya memahami mereka risau hari demi hari kerajaan PH meningkat prestasinya dan mereka sedar sekiranya PH memerintah lima tahun, maka PH tidak akan menjadi kerajaan satu penggal. Mereka cuba usahakan agar prestasi PH tidak dapat dipertingkatkan seperti yang kita rancangkan,” katanya. 

Beliau mengulas spekulasi peralihan kerajaan yang didakwa diusahakan ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan beberapa pemimpin PH tanpa melibatkan DAP dan Amanah. Susulan spekulasi tersebut, Majlis Setiausaha PH sebelum ini menggesa Hishammuddin supaya menghentikan kempen tersebut. 

Gesaan bertulis itu ditandatangani empat setiausaha agung komponen PH, iaitu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Marzuki Yahya (PPBM), Anuar Tahir (Amanah) dan Anthony Loke Siew Fook, yang merupakan setiausaha organisasai DAP. Hishammuddin bagaimanapun menafikan perkara itu. 
(https://gigitankerengga.blogspot.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan komplot, tapi wajib bentuk kerajaan baru tanpa DAP. Ini 7 sebab mengapa perlu tolak PH bermula dari PRK Parlimen Tanjung Piai dan seterusnya sehingga tumbang PH.

  1. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana hampir RM30 bilion aset strategik negara telah dijual kepada syarikat asing.
  2. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana menteri PH terutamanya dari Dap iaitu menteri P. Waytha Moorthy, M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar, serta ahli majlis eksekutif Selangor V. Ganabatirau yang bertanggungjawab dengan sengaja mengganggu keamanan masih tidak dikenakan sebarang tindakan.
  3. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana Dong Zong masih tidak diharamkan di mana sering menjuarai isu berkaitan kaum Cina, dan jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara berkaitan Melayu dan Islam, pertubuhan itu juga akan menjadi pemain utamanya.
  4. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana kerajaan masih gagal mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan, mengkhianati pekebun kecil dengan memansuhkan bantuan tanaman semula serta menipu anak muda apabila biasiswa MyBrain15 dihapuskan.
  5. Rakyat perlu menolak PH kerana kerajaan sering mencabuli serta campur tangan dalam proses perundangan. Misalnya, Wan Ji Wan Hussin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor telah mendapat penangguhan hukuman selepas campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  6. Rakyat perlu menolak PH kerana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan palsu dan mengelirukan berkenaan wang bayaran balik GST telah dirompak oleh kerajaan BN.
  7. Rakyat perlu menolak PH kerana DAP terbukti adalah parti yang menyokong kumpulan pengganas LTTE dan menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya. Hal ini jelas keamanan dan keharmoninan negara telah dirosakkan kerajaan PH apabila isu perkauman sentiasa dimainkan pada hari ini. 
(7 ini, dipinjamkan dari kenyataan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris)

Sekian.


Lihat sebelum ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

Post a Comment