KEMESRAAN Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terserlah apabila Perdana Menteri sempat bergurau dengan Presiden PKR itu pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Dr Mahathir menarik perhatian media apabila melakukan aksi seolah-seolah mahu bertinju dengan Anwar apabila ditanya berkaitan isu lantikan politik.
Sebaik saja beliau menjawab soalan, wartawan bertanyakan pula pandangan Anwar mengenai isu sama.
Presiden PKR itu berkata, pandangannya sama dengan Dr Mahathir.
Presiden PKR itu berkata, pandangannya sama dengan Dr Mahathir.
“Awak nak kami berkelahikah?” kata Dr Mahathir sambil menggayakan gaya seorang peninju kepada Anwar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
Telatah kedua-dua pemimpin utama itu disambut gelak-tawa oleh semua yang hadir pada sidang media berkenaan.
No comments:
Post a Comment