Pasangan bersuap begini dilarang kalau bukan muhrim. Tetapi ini hanya gambar hiasan.
BERKONGSI makanan dianggap suatu amalan biasa dalam kalangan masyarakat di negara ini. Tidak terkecuali, hal ini turut membabitkan lelaki dan wanita yang tiada pertalian darah atau ikatan perkahwinan yang sah.
Perkara tersebut kerap melibatkan pasangan anak muda yang berkemungkinan tidak menyedari kesan duduk berdua-duaan walaupun di tempat awam sambil berkongsi makanan dan minuman itu boleh membawa impak negatif kepada dirinya mahupun keluarga.
Walaupun pada asalnya hukum berkongsi makanan adalah tidak haram kerana air liur manusia bukan najis, namun tindakan berkongsi makan dan minuman dengan bukan mahram secara berdua-dua adalah perkara yang diragui dan boleh membawa fitnah.
Pendakwah Muda, Dai Wan Dazrin Wan Din atau dikenali sebagai Dai Wan seperti dipetik dalam laman Instagramnya berkongsi nasihat agar orang ramai tidak melakukan perkara tersebut kerana tindak tanduk negatif seseorang mudah dihasut oleh syaitan
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimanapun antara keduanya terdapat perkara tidak jelas (syubhah), yang ramai orang tidak mengetahuinya. Maka sesiapa memelihara dirinya daripada perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.” - Riwayat Bukhari dan Muslim (Utusan Online)
Lihat rumah ini..
No comments:
Post a Comment