Gambar atas, Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Exco Melaka disyaki terlibat LTTE ditahan.
AYER KEROH: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Perkara berkenaan disahkan sendiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
“Memang ada maklumat, seorang Exco kita ditahan pihak Bukit Aman pagi ini. Bagaimanapun, secara dasar, kita serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Saya yakin Yang Berhormat (Exco) itu akan memberikan kerjasama penuh dan saya juga akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung tangkapan,” katanya.
Adly berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Exco di Seri Negeri, di sini, hari ini.
Difahamkan, ADUN DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri sekitar jam 8.45 pagi ini.
Adly bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa, termasuk punca tangkapan.
LTTE merupakan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara. (AA)
Lihat sebelum ini..
Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com
November 3, 2009
Maradana, Colombo, Sri Lanka.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
Yg bawa misi komunis pun elok tangkap sama. Ini Malaysia, bukan LTTE @ Komunis.
ReplyDeleteIni adalah simpton sebelum berlaku masalah yg lebih besar. Simpton kena diselesaikan jika tidak menjadi parah. Sama macam canser. Ada simpton. Jika dibiarkan jadi barah dan bawa maut.
ReplyDeleteMereka bergerak melalui parti. Parti adalah organisasi yg sah. Tapi misi ltte dan komunis adalah salah. Jadi ahli kepada pertubuhan ganas ini tidak boleh menjadikan parti politik dalam negara sebagai wadah menyebarkan dakyah pengganas. Kenal pasti orang ini dan sesuai dilucut kerakyatan keran berpotensi memudaratkan rakyat lain terutama orang melayu dan islam.
ReplyDelete