Pertahankan Rumah Hingga Hujung Nyawa, Ini Kisah Sebenar Rumah ‘Degil’ Jalan Chow Kit
MEDIA pada hari ini hangat memperkatakan tentang isu pemilikan tanah di Kampung Baru yang mahu dibeli oleh kerajaan untuk dibangunkan. Rentetan daripada itu pelbagai spekulasi timbul seperti pemilik tanah enggan menjualkan tanah mereka meskipun ditawarkan pada nilai yang tinggi.
Susulan daripada itu, pengguna Facebook Herman Plani Syafrudin sempat memuat naik perkongsian mengenai kisah sebuah Rumah Degil yang boleh dikaitkan dengan situasi Kampung Baru pada hari ini.
Rumah ini milik Nenek Norma
Siapa tahu ini rumah siapa? Jika tidak tahu, inilah Rumah Degil yang berada di Chow Kit di tengah-tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur. Nenek Norma adalah tuan Rumah Degil ini.
Banyak versi cerita berkenaan rumah ini yang tuan rumahnya ‘degil’ tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju di kawasan tersebut sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.
Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk Nenek Norma menjual rumah itu bertahun-tahun lamanya sehingga beliau meninggal dunia. Pada tahun 2013 akhirnya rumah ini terpaksa juga dilepaskan.
Sudah dipindahkan ke Balai Seni Negara
Tapi ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.
Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.
Rasa-rasa untuk apa?
Ye, DS Nazri Aziz yang ramai orang tak suka tu. Korang rasa untuk apa? Aku rasa dulu lagi dia dah boleh nampak, apa yang akan terjadi di Kampung Baru. Sebab itu dia sanggup halang kontraktor dari musnahkan rumah tu dan letakkan rumah tu seketul di sana.
Untuk apa? Untuk dijadikan iktibar kepada kita semua. Semoga Rumah Melayu No. 41 Jalan Chow Kit yang lebih dikenali sebagai Rumah Degil ini memberi inspirasi kepada pewaris Kampung Baru untuk mempertahankan tanah pusaka mereka sama seperti Nenek Norma yang bertahan selama 70 tahun itu.
Rumah Degil di Balai Seni dijangka siap pada November
Sementara itu, portal Berita Harian pernah melaporkan Rumah Degil yang sedang dibina di perkarangan Balai Seni Negara Jalan Tun Abdul Razak dijangka akan siap sepenuhnya pada November ini.
Rumah itu bercirikan tradisional Melayu dan dibina pada 1926 di Jalan Chow Kit. Ia adalah kediaman yang dibina oleh Jaafar Sutan Sinomba juga dikenali dengan nama Sutan Mengatas Sutan Sinomba, iaitu keturunan Sutan Puasa, saudagar dari Mandailing, Sumatera dan kawasan tersebut adalah penempatan mereka.
Menurut laporan tersebut, rumah berusia 92 tahun itu telah menyaksikan pelbagai perubahan di negara ini dari zaman British, Jepun, kemerdekaan negara hingga ke 13 Mei 1969. Namun malangnya ia terpaksa dijual pada tahun 2013 kerana keluarga Jaafar tidak lagi mampu menampung kos penjagaan rumah tersebut.
Sumber: Facebook Herman Plani Syafrudin, Berita Harian (September 25th, 2019 | by Athirah)
Lihat sebelum ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
No comments:
Post a Comment