Tuesday, October 08, 2019

Ini, Melayu Tak Bermaruah? Biadap Terhadap Islam, Ikut Perangai DAP?

Hasil carian imej untuk Biadab: Hamidah Ayub wajib mohon maaf segera
Biadab: Hamidah Ayub wajib mohon maaf segera
TULAR dengan cepat gambar YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Negeri Kelantan dihimpit seorang wanita dalam majlis Kongres Maruah Melayu kelmarin.
Juak-juak musuh Melayu, musuh Islam begitu galak berkongsi gambar ini di laman Facebook masing-masing dengan pelbagai “caption” kurang ajar, biadab, seksis, lucah dan bodoh terhadap YAB Dato’ Menteri Besar. Sungguh menyedihkan. Namun hal ini adalah biasa dan tidak pelik bagi mereka (penyokong PH) yang gemar kepada hal persepsi serta fitnah.
Apa yang menjengkelkan adalah punca kepada tersebarnya gambar berkenaan. Bagaimana boleh seorang wanita Melayu, yang beragama Islam, dilatari dengan adat tatasusila Melayu, akhlak serta kesopanan Melayu, tetapi telah menjadi “over excited” bergambar dengan YB Khairy Jamaludin hinggakan terpancar kebiadaban dirinya sendiri dalam sebuah majlis penting!
Ya, majlis berbincang soal Maruah Orang Melayu! Tapi kenapa Puan Hamidah Ayub menampakkan kecuaiannya dalam majlis besar sebegini, program rasmi dan akhirnya mencalarkan maruah orang lain?
Kalaupun amat teruja untuk bertemu, berbual dan bergambar dengan Khairy, lihatlah sekeliling. Gunakanlah adat dan kesopanan Melayu, yang ada maruah, mohonlah izin daripada YAB Menteri Besar Kelantan untuk bergambar membelakangi pimpinan kami. Apatah lagi selepas tu duduk pula di tengah-tengah kerusi seperti manusia yang langsung tiada adab!
Hamidah Ayub dikenal pasti melalui laman FB beliau dengan gambar dan logo Parti Bersatu. Bergambar bersama Tun Siti Hasmah. Adakah beliau berjawatan dalam parti?
Dengan ini, anak-anak Kelantan mendesak Hamidah Ayub memohon maaf segera kepada YAB Menteri Besar dan seluruh rakyat Kelantan atas kebiadaban dan kecuaian yang nampaknya dibuat secara semberono dan disengajakan!
Jagalah maruah kamu dan hormatilah maruah orang lain.
Pimpinan kami, maruah kami.
NAZMAN CHE IBERAHIM

Presiden Pertubuhan Pertahan Kelantan - HARAKAHDAILY 8/10/2019
Hasil carian imej untuk binatang tak bermaruah
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biadap terhadap Islam, ikut perangai DAP ke?


Hibur Hibur Sikit..

  • Lagu Bangsa melayu

    • 4 years ago
    •    
    • 3,471 views







  • No comments:

    Post a Comment