PENDUDUK Chile mengadakan demonstrasi di Santiago, bagi menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera. - Foto EPA
PENDUDUK Chile mengadakan demonstrasi di Santiago, bagi menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera. - Foto EPA
Lebih sejuta berhimpun desak Presiden Chile letak jawatan
SANTIAGO: Lebih sejuta penduduk Chile melakukan demonstrasi jalanan semalam, bantahan besar-besaran dalam masa seminggu menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera.
Pemimpin perhimpunan berkata beliau mendengar mesej yang disiarkan dalam Twitter, menggambarkan tunjuk perasaan itu dalam nada positif dan sebagai cara ke arah perubahan.
Penunjuk perasaan membawa bendera pribumi dan kebangsaan sambil menyanyikan lagu tentangan popular ketika pentadbiran diktator Augusto Pinochet pada 1973 hingga 1990 ketika negara itu, yang selalu dilihat sebagai antara paling stabil di Amerika Latin, bergelut dengan keganasan terburuk dalam masa beberapa dekad.
Gabenor Santiago, Karla Rubilar, menggambarkan ia sebagai ‘hari bersejarah’ di Twitter, memuji perarakan aman yang mewakili impian Chile baharu. Rubilar berkata, lebih sejuta mengadakan demonstrasi di seluruh negara, manakala dewan bandar raya Santiago meletakkan jumlah penduduk yang berarak di ibu kota itu seramai 820,000, memetik kenyataan polis.
Sejak minggu lalu, kemarahan penduduk Chile diluahkan dalam bentuk tunjuk perasaan terhadap struktur sosio-ekonomi yang dirasakan ramai meminggirkan mereka, dengan gaji dan pencen rendah, penjagaan kesihatan dan pendidikan mahal dan jurang besar antara kaya dan miskin.
Pinera, hartawan konservatif, menulis di Twitter bahawa perarakan besar, gembira dan aman, yang menyaksikan rakyat menuntut Chile yang lebih adil, membuka laluan hebat bagi masa hadapan dan harapan.
“Kita semua mendengar mesej. Kita semua berubah.
“Dengan bantuan Tuhan, kita akan menggerakkan Chile yang lebih baik untuk semua,” kata Pinera. — AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan sampai kepada Kerajaan PH pun akan jadi begitu..
Lihat Sebelum Ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi&Melayu Kota Mekah Kini.
Bab 1
Bab 1
- Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
- Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
- Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
- Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
- Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5).
- Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
- Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
- Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)
- Ini, 16 Penyanyi Berdarah Arab (9). Tak Kalah = Pe...
- Wanita Saudi Peluk Penyanyi Lelaki Di Konsert Taif...
Bab 2
- Gadis Saudi Murtad Lari Luar Negara (11). Dibantu/...
- Hebatnya PAS, K'tan Lebih Baik Dari Saudi (12) Kon..
- 13 Perkara Mengenai Orang Arab (13). Rempit Dengan...
- Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..
- Saudi Buka Pintu Pelancong (15): Longgar Pakaian W...
- Saudi Buka Pintu Pelancong (16). Ini 7 Tempat Law...
- Pelancong Di Saudi (17) Bukan Mahram Boleh Sebilik...
- Stesen Kereta Api Laju Haramain Di Jed...
- Kisah Semarak Bahasa Melayu (19) Mekah/Madinah &Kg...
- Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di M...
Bab 3
- Orang Arab Cakap Melayu Loghat K'tan Di Makkah.
- Orang Melayu Dihormati Di Mekah, Mengapa?
- Saudi Fasa Perubahan Politik, Ekonomi Sosial. Ting...
- Madinah, Bas Bertembung Kenderaan Berat, 35 maut
- Melayu Jatuh Hati Berada Di Tanah Haram, Mekah.
- Kisah Ibnu Hasyim Di Mekah 1987. Catatan Dari Colo...
- Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah. Bagaimana Masala...
- Terbaru!! Saudi Arabia, Astaghfirullah!!
- Tidak Hairan Perubahan Drastik, Lihat Keluarga Dir...
- Selak Sikit Lagi, 7 Skandal Keluarga Saudi Gegerka...
Bab 4
Bersambung..
No comments:
Post a Comment