SEBAHAGIAN peserta yang hadir pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE
Pemimpin utama parti politik membabitkan UMNO, Pas , Amanah, Bersatu hadir.
SHAH ALAM 6 Okt. - Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Melawati Shah di sini hari ini dihadiri lebih 5,000 orang termasuk pemimpin parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik.
SHAH ALAM 6 Okt. - Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Melawati Shah di sini hari ini dihadiri lebih 5,000 orang termasuk pemimpin parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik.
Beberapa pemimpin utama parti politik membabitkan UMNO, Pas , Parti Amanah Negara (Amanah) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hadir dalam kongres tersebut.
Antara pemimpin yang hadir termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md.Yusof.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. - UTUSAN ONLINE
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Berkerja di Australia..
No comments:
Post a Comment