Tuesday, October 01, 2019

Malu! Kemaruk Saiz Besar. Kanak-kanak Jangan Baca Ini..


Hasil carian imej untuk besar zakar

SUNTIKAN minyak tanah, minyak zaitun, minyak kasturi dan silikon adalah antara kegilaan sesetengah lelaki di negara ini yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk membesarkan zakar ke saiz yang diidamkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari sebenarnya mendapatkan ‘rawatan’ daripada terapi kosmetik tanpa tauliah itu mampu mengancam nyawa mereka dan paling mengerikan, kulit zakar yang rosak perlu dilapah, dibuang sepenuhnya dan digantikan menggunakan kulit peha.
Lebih membimbangkan apabila Pakar Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fam Xeng Inn mendedahkan aktiviti suntikan benda asing itu semakin menjadi ikutan apabila beliau perlu merawat 20 pesakit itu setahun sejak lima tahun lalu.
Beliau berkata, kemunculan benda asing seperti minyak tanah di dalam badan akan merangsang tindak balas sel darah putih mengelilinginya.

“Tindak balas itu akan membentuk ketulan keras di lapisan bawah kulit dikenali sebagaigranuloma yang mengakibatkan zakar bengkak dan keras dengan rupa bentuk yang teruk.
DR FAM XENG INN
“Pada peringkat awal selepas suntikan, zakar pesakit akan mencapai kekerasan memuaskan semasa ereksi,” katanya.
Dr Fam berkata, perkara itu akan memberi kepuasan kepada pasangan dan mereka akan berkongsi pengalaman bagus serta mengalu-alukan kawan mendapat suntikan.
Katanya, ada kes minyak disuntik mengalir ke bahagian testis dan melekat di telur menyebabkan kantung telur terpaksa dibuka.
“Apabila perkara buruk berlaku, mereka malu berjumpa doktor dan kembali berjumpa juruterapi tidak bertauliah untuk mendapatkan nasihat,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Fam menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan juruterapi tidak bertauliah sebaliknya bertemu pakar jika adai masalah.

MUDARAT SUNTIKAN BENDA ASING
KUALA LUMPUR: Golongan yang mengalami masalah saiz zakar kecil atau micropenis perlu mendapatkan penilaian kesihatan secara menyeluruh dan mungkin perlu rawatan alat kelamin.
Saiz alat kelamin tidak cukup besar lebih kepada persepsi sebilangan lelaki terpengaruh dengan persekitaran semasa termasuk menonton video lucah.
Pensyarah dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, masalah micropenis bukan hanya disebabkan saiz, tetapi ia juga membabitkan masalah ketidakseimbangan sistem endokrin yang boleh menjejaskan tahap kesihatan lelaki.
Beliau berkata, golongan yang mengalami masalah itu biasanya mempunyai saiz zakar kurang dari lima hingga tujuh sentimeter ketika ereksi dan boleh dirawat dengan pembedahan atau rawatan hormon.
“Biasanya orang mempunyai persepsi, saiz zakar mereka tidak cukup besar, tetapi apabila kita periksa sebenarnya mereka saiz mereka normal.
“Tiada keperluan dibedah apatah lagi memasukkan benda asing,” katanya.
Dr Shaiful berkata, suntikan benda asing daripada golongan tidak bertauliah ini boleh memberi mudarat.
“Memasukkan benda asing seperti minyak boleh mengakibatkan zakar rosak dan lebih menakutkan apabila ia tidak boleh berfungsi dengan normal,” katanya.
Beliau sendiri berdepan pengalaman pesakit mengalami masalah kerosakan zakar disebabkan memasukkan benda asing seperti silikon.
“Meskipun ada golongan mendakwa mereka pakar dalam bidang ‘besar-membesar’ ini, kita perlu selidik latar belakang mereka kerana tidak tahu bahan digunakan untuk disuntik ke dalam kulit itu.
“Selain itu, ada yang mendakwa boleh membesarkan menggunakan kaedah lain termasuk pam tetapi sejauh mana kebaikannya kepada kesihatan kita tidak tahu,” jelasnya.
Dr Shaiful berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap juruterapi tidak bertauliah. (MyMetro)

Hasil carian imej untuk besar zakar

Komen Weblog Ibnu HasyimHukum membesar dan memanjangkan zakar dalam Islam.

2 Keadaan:

Ia menjadi HARAM apabila;
  • bertujuan ke arah melakukan zina &maksiat
  • membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri

Sebaliknya, ia dikira HARUS apabila;
  • bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga
  • bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat

Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut. Ianya bergantung kepada tujuan samada baik ataupun buruk. Ia sama seperti hukum pembesaran payudara. Sila rujuk;
Namun, mengikut sains perubatan, prosedur pembesaran dan pemanjangan zakar bukanlah satu keperluan atas alasan berikut;
1. Panjang zakar adalah tetap (fix) pada setiap lelaki iaitu sekitar 5 inci (12-14 cm). Manakala panjang vagina kebanyakan wanita adalah maksimum adalah 4 inci (10 cm). Saiz kebanyakan zakar lelaki adalah memadai.
2. Disebabkan panjang zakar yang tetap, apa sahaja prosedur sama ada pembedahan atau rawatan lain tidaklah menambah kepanjangan zakar.
3. Pembedahan dilakukan dengan memotong ligament yang menggantung zakar (samada fundiform & suspensory ligament). Jadi zakar akan tertonjol keluar dan kelihatan lebih panjang.
4. Implantation silikon boleh membesarkan & memanjangkan zakar, namun terdapat banyak mudarat yang lebih teruk.
5. Rawatan ubatan tradisional pula dirisaukan mempunyai kandungan yang diragui dan memudaratkan, seperti mendatangkan komplikasi pada hati dan buah pinggang.
6. Urutan mungkin berkesan untuk melancarkan saluran darah pada zakar, namun hendaklah dilakukan oleh doktor yang pakar. Urutan tradisonal dikhatiri akan merosakkan tisu, salur darah & urat saraf
7. Penggunaan pump pula adalah untuk merawat mati pucuk (erectile dysfunction), bukannya untuk membesarkan zakar. Penggunaan melampau boleh menyebabkan zakar melecet dan tercedera
Bagi mereka yang gemuk dan obese pula, boleh jadi 1/3 hingga ½ pangkal zakarnya dilindungi lemak yang berada di bahagian perut & pubic (pangkal zakar). Jadi senaman dan gaya hidup sihat boleh mengurangkan lemak & menonjolkan zakar kembali.
Berdasarkan kajian juga, kebanyakan individu yang merasakan zakarnya kecil adalah kerana perasaan inferior mereka dan faktor psikologi semata-mata. Begitu juga orang yang mendakwa berjaya membesarkan zakar, kebanyakannya tetap sama, cuma mereka mahu percaya zakar mereka telahpun panjang selepas makan ubat tertentu. Hal ini sama sahaja dengan placecbo effect.
Kesimpulannya, usahlah isu saiz zakar menjadi keresahan Muslim. Jumpalah doktor yang pakar jika ada masalah. 

ALLAH memerintahkan kita menjaga ‘amanah’ kemaluan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Banyakkan pergantungan, ibadah dan doa kepada ALLAH demi menjaga keharmonian rumah tangga.
Wallahu 'aklam.

Video




Ustaz Azhar Idrus Official
YouTube - 14 Sep 2018


Ustaz Azhar Idrus Official
YouTube - 6 Ogo 2019


Ustaz Azhar Idrus Official
YouTube - 21 Mac 2019




2 comments:

Anonymous said...

Puaka rimba dah makan ubat penenang ke? Fobia dengan lobai.

Anonymous said...

Kesihan dengan puaka rimba. Masih meneruskan tradisi ph iaitu memfitnah. Bawalah bertaubat supaya jiwa jadi tenang tenteram.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails