Wednesday, October 09, 2019

Mana Imbohan RM20,000 Kami? Oh, Ikut PH, Akui Tak Mahu Tunai Janji..


SUKAN

KUALA LUMPUR: Bukan setakat skuad yang beraksi di Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia saja malah pasukan wanita Melaka United yang berjaya menjulang Piala Tun Sharifah Rodziah, Julai lalu turut menjadi mangsa apabila wang imbuhan RM20,000 yang dijanjikan pengurusan tertinggi, masih belum dilunaskan.

Usaha pemain dan pegawai pasukan wanita Melaka untuk mendapatkan hak mereka seperti yang dijanjikan seolah-olah tidak ‘dilayan’ Persatuan Bolasepak Melaka (Musa) sekali gus membuatkan mereka makan hati dengan apa yang berlaku.

Menurut sumber, pemain dan barisan kejurulatihan termasuk pengurusan pasukan itu dijanjikan imbuhan RM20,000 dan ia turut diumumkan sebaik mereka memenangi kejohanan terbabit.

Bagaimanapun, hingga kini, apa yang diumumkan itu hanya cakap kosong dan selepas hampir tiga bulan, kantung pemain skuad wanita Melaka masih lagi kosong.

“Pengurusan Musa mengumumkan imbuhan terbabit atas usaha pemain dan barisan kejurulatihan yang banyak berkorban hingga muncul juara. Semua pemain berkorban masa dan tenaga malah mereka juga berjuang bersungguh-sungguh walaupun elaun tidak seberapa.
“Namun, bila sudah berjanji untuk memberi imbuhan, perkara itu patut ditunaikan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam, Arena Metro melaporkan mengenai Melaka yang berdepan bebanan hutang mencecah RM8 juta membabitkan tunggakan gaji pemain dan beberapa perkara lain.

Dengan berbaki hanya 20 hari lagi, Melaka berisiko diturunkan ke Liga Perdana jika gagal menyelesaikan tunggakan hutang atau mencari jalan penyelesaian jitu dengan melengkapkan borang permohonan lesen kelab kebangsaan dan AFC 2020 dengan sempurna.

Kejayaan skuad wanita Melaka menang 3-1 ke atas Kedah menerusi penentuan penalti di final membolehkan mereka membawa pulang RM50,000 dan tambahan RM5,000 selepas dipilih sebagai pemenang ‘fair play’. (MyMetro)
Hasil carian imej untuk lidah bercabang

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau tak mampu tunai, janji buat apa? Oh, mereka ikut pemimpin mereka, PH akui tak mahu tunai janji. Guru kencing berdiri.. Murid lari pecut?


Hibur Hibur Sikit..
Video
Waris - Lagu Bola (Official Music Video)

Iwan Fals - SepakBola

No comments:

Post a Comment