Tuesday, October 29, 2019

Masyarakat Majmuk 'medan terbuka' Pendakwah -Azran Chan

Hasil carian imej untuk laksamana cheng Ho
Tokoh ternama Muslim yang telah mengharumkan nama negara China, Laksamana Cheng Ho.
Hasil carian imej untuk Masyarakat majmuk 'medan terbuka' buat


PADANG SERAI: Peluang berdakwah kepada masyarakat majmuk di negara ini sebenarnya terbuka luas dan subur memandangkan masih ramai kelompok ini belum didekati dan disampaikan dakwah mengenai Islam.
Pelatih Islamic Dakwah Interactive, Azran Chan berkata, hal tersebut terbukti dari dakwah yang dilaksanakan Rasulullah dan para Sahabat kepada masyarakat majmuk di Madinah sehingga mereka menerima hidayah Allah.
Motivasi tersebut disuntik beliau kepada para peserta Bengkel Street Dakwah anjuran Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia dan Muslimat PAS Negeri Kedah di SRITI Ibnu Umar, di sini kelmarin.
Tambah beliau, pendekatan yang cermat mengikut kaum didakwah adalah penting, misalnya memberi pendedahan terhadap realiti sebenar kehebatan Muslim di negara China yang dianggarkan berjumlah tiga kali ganda umat Islam di Malaysia kepada mad'u dari kaum Cina.
Mereka juga katanya, perlu diberi kefahaman mengenai kegemilangan sejarah Islam terdahulu di negara China berserta kisah tokoh-tokoh ternama Muslim yang telah mengharumkan nama negara China seperti Laksamana Cheng Ho.
Hasil carian imej untuk Masyarakat majmuk 'medan terbuka' buat
Dalam slot bertajuk Teknik Dakwah Kepada Masyarakat Cina, beliau menyeru para peserta mengenalpasti tembok yang menghalang Not-Yet Muslim menerima Islam.
Seterusnya para peserta dibimbing kepada usaha ke arah mengatasi halangan tersebut dengan hujah akal agar terbuka laluan masyarakat bukan-Islam untuk menerima dakwah.
Manakala dalam slot Kaedah Berdakwah Kepada Masyarakat India Dan Kristian, wakil PEACE, Ustaz Muhammad Syazwan Menon telah memberi pendedahan mengenai perbezaan dan persamaan kepercayaan antara Hindu dan Islam serta kandungan kitab Hindu dengan Al Quran.
Beliau telah mengajak para peserta bengkel mempraktikkan teknik dakwah secara berhikmah antaranya dengan menyebut panggilan nama yang disukai masyarakat India serta perlu dielakkan beberapa isu sensitif yang menjadi larangan semasa berdakwah.
Sementara itu, Dr Fatah Mad Radzi dalam slot Pengurusan Dan Teknik Street Dakwah memberi panduan pendekatan sebelum, semasa dan selepas yang dijalankan bagi mencapai matlamat serta tindakan susulan kepada mad’u untuk terus diberi bimbingan.
Beliau memberi saranan agar Muslimat bergerak dalam bilangan dua atau tiga orang sahaja bagi setiap kumpulan kerana jumlah ini lebih berkesan, selain dapat mengurangkan ketidakselesaan kepadamad'u dan mengelakkan kehadiran ditolak kerana merasa terganggu.
Tambah beliau lagi, kepelbagaian pendekatan menarik lagi interaktif juga mesti diadakan seperti menunjukkan kepada mad’u video pendek berkaitan bukti kandungan al-Quran yang bersifat saintifik disamping memuatkan fakta-fakta sejarah yang terbukti kebenarannya.
Bengkel kali ini diakhiri dengan sesi praktikal secara bimbingan khusus daripada Ustaz Syazwan dan Dr Fatah melibatkan cara interaksi berkesan dengan dakwah bil hal kepada golongan Not-Yet Muslim sambil mencipta peluang untuk dakwah susulan. -HARAKAHDAILY 28/10/2019

Video




KOMPASTV
YouTube - 16 Feb 2018


CNN Indonesia
YouTube - 12 Nov 2017


KOMPASTV
YouTube - 14 Mac 2017

Lihat Sebelum Ini..

No comments:

Post a Comment