RIYADH: Arab Saudi akan membenarkan lelaki dan wanita berbangsa asing berkongsi bilik hotel tanpa membuktikan hubungan mahram selepas melancarkan visa pelancongan baru bagi menarik pelancong.
Satu lagi perubahan baru adalah wanita termasuk rakyat tempatan juga dibenarkan menyewa bilik bersendirian.
Tindakan itu dilihat memudahkan wanita yang mengembara bersendirian selain membolehkan pasangan yang tidak berkahwin menginap bersama ketika ke negara itu.
Perkara itu dilaporkan akhbar Okaz semalam dan disahkan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.
“Semua rakyat tempatan diminta menunjukkan pengenalan diri atau hubungan sesama mereka apabila mendaftar masuk ke hotel.

“Ini bagaimanapun tidak diperlukan untuk pelancong asing. Semua wanita termasuk dari Arab Saudi juga boleh menginap bersendirian asalkan memberikan pengenalan diri ketika mendaftar masuk,” katanya.
Arab Saudi minggu lalu membuka pintunya dengan visa pelancong dari 49 negara dalam pada ia cuba memperkembang sektor berkenaan seterusnya mempelbagaikan ekonominya selain daripada pengeksportan minyak.
Susulan itu ia turut membenarkan pelancong dikecualikan daripada menutup aurat penuh dan serba hitam, sebaliknya hanya perlu memastikan berpakaian sopan. Alkohol masih diharamkan. (Reuters)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
AL-KAFI #670 : HUKUM SEWA BILIK DALAM RUMAH YANG TURUT DIHUNI WANITA BUKAN MAHRAM
Soalan: Assalamualaikum Saya ingin bertanya mengenai hukum tinggal/sewa rumah dengan bukan mahram yang bukan Muslim.
Jawapan: Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Kami lihat sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat zaman ini untuk menyewa bilik dalam satu rumah yang dikongsi kemudahannya bersama. Kami memandang hal ini merupakan perkara yang serius perlu dielakkan kerana boleh membawa kepada khalwat dan menjerumus kepada penzinaan.
Firman Allah Taala:
وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Isra’: 32)
Berkata Imam Ibn Katsir berkenaam ayat ini di dalam tafsirnya: “Allah Taala berkata demikian sebagai larangan kepada para hambanya untuk berzina, dan juga daripada perkara-perkara yang membawa dekat kepadanya, juga menghindari untuk menjerumuskan diri ke dalam sebab-sebab dan pendorong-pendorong zina.” Rujuk Tafsir al-Quran al-`Azim (5/72)
Jelaslah bahawa ayat ini mengajar kita bukan hanya untuk tidak berzina bahkan menjauhi zina dan tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepadanya. Salah satunya ialah berkhalwat, dan jalan-jalan yang menuju kepada khalwat. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ، وَلاَ تُسَافِرَنَّ امْرَأَةٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ
Maksudnya: “Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita, dan jangan pula wanita itu bermusafir, kecuali (dalam dua-dua situasi) wanita itu ditemani dengan mahramnya.” Hadis riwayat al-Bukhari (1862)
Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَخْلُوَنَّ بِامْرَأَةٍ لَيْسَ مَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ مِنْهَا فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia berdua-duaan dengan seorang wanita sedangkan tiada bersama wanita itu mahramnya kerana sesungguhnya orang yang ketiga adalah syaitan.” Hadis riwayat Ahmad (14651)
Pengecualian diberikan jika keadaan berbaur syahwat dan fitnah dapat dihilangkan. Imam Ibn Hajar al-Asqalani pada membicarakan hadis Ibn Abbas di atas:
“Pada hadis ini larangan berkhalwat ke atas lelaki dengan wanita ajnabi (asing). Larangan ini bersifat ijmak (sepakat semua ulama). Tetapi para ulama berbeza pendapat; apakah boleh yang menemani itu bukan mahram tetapi seseorang yang mengambil kedudukannya, seperti para wanita yang thiqah (dipercayai)? Pendapat yang sahih ialah itu dibenarkan kerana menjadi lemahlah tohmahan (atau bahaya syahwat) dengan adanya ia.” Rujuk Fath al-Bari (4/77)
Namun, apa yang berlaku pada masa kini, apabila dalam satu rumah, setiap bilik dihuni dan disewa oleh penyewa yang berlainan jantina, sudah barang pasti akan menimbulkan syak wasangka dan fitnah. Justeru, langkah yang paling wajar adalah mencari bilik lain dan berusaha meninggal tempat yang membawa kepada perkara yang haram. Ini bertepatan dengan dua kaedah fiqh:
ما أَدَّى إلى الحَرَامِ فَهُو حَرَامٌ
Maksudnya: “Perkara yang membawa kepada perkara yang haram, perkara itu juga adalah haram.” Rujuk Qawa`id al-Ahkam oleh Imam al-Izz bin Abdussalam (2/217)
Begitu juga kaedah Sadd al-Dzari`ah, iaitu menutup jalan membawa kepada kerosakan, yang maklum di dalam Hukum Syarak, seperti yang ditekankan oleh Imam al-Syatibi dalam al-Muwafaqat (3/220)
InsyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik seperti mana firman Allah Taala:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut: 69)
Wallahua’lam.

Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi(5).
Siri 6: Wanita Saudi Dibenar Niaga (6), Tanpa Kebenaran Su...
Siri 7: Wanita Saudi (7). Kebebasan Keluar Negara..
Siri 8: Perkampungan Melayu Di Kota Mekah.(8)
Siri 9: Ini, 16 Penyanyi Berdarah Arab (9). Tak Kalah = Pe...
Siri 10: Wanita Saudi Peluk Penyanyi Lelaki Di Konsert Taif...

Siri 11: Gadis Saudi Murtad Lari Luar Negara (11). Dibantu/...
Siri 12: Hebatnya PAS, K'tan Lebih Baik Dari Saudi (12) Kon..
Siri 13: 13 Perkara Mengenai Orang Arab (13). Rempit Dengan...
Siri 14: Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..
Siri 15: Saudi Buka Pintu Pelancong (15): Longgar Pakaian W...
Siri 16: Saudi Buka Pintu Pelancong (16). Ini 7 Tempat Law...
Siri 17: Pelancong Di Saudi (17) Bukan Mahram Boleh Sebilik...

No comments:
Post a Comment