Thursday, October 03, 2019

Pembantu Runah Dirogol. Rupanya, Ini Strategi Kilang Jual Bayi...


WANITA diperdaya sebelum dirogol agar hamil, bayi dilahirkan dijual. FOTO Agensi

ABUJA: Seramai 19 wanita hamil dan empat kanak-kanak termasuk bayi berusia sehari diselamatkan daripada lokasi disyaki kilang bayi yang digunakan sindiket perdagangan manusia.
Polis di Lagos, bandar terbesar Nigeria, menyerbu empat premis pada Isnin lalu sebelum menemui wanita berusia antara 15 hingga 28 tahun itu dan empat kanak-kanak termasuk bayi baru dilahirkan.
Sindiket itu terbongkar selepas jiran menghubungi polis pada 19 September lalu kerana mengesyaki sesuatu tidak kena apabila tiba-tiba melihat ramai wanita mengandung di premis itu.
Dua wanita, Happiness Ukwuoma, 40, dan Sherifat Ipeya, 54, ditahan dalam kejadian itu kerana disyaki bertugas sebagai jururawat yang tidak bertauliah di ‘kilang’ berkenaan.

Polis masih memburu suspek utama, seorang ibu beranak lima digelar Madam Oluchi, lapor Daily Mail.
Menurut penyiasat, kanak-kanak itu sepatutnya dijual dengan budak lelaki bernilai £1,000 (RM5,200) manakala perempuan £700 (RM3,600).
Polis berkata, kebanyakan wanita terbabit diperdaya untuk meninggalkan kampung mereka dengan dijanjikan kerja sebagai pembantu rumah di Lagos sebelum dirogol pelbagai lelaki sehingga mengandung.
Bagaimanapun, ada juga wanita yang menyertai sindiket itu dengan rela kerana percaya mereka akan mendapat bayaran, tetapi langsung tidak menerima wang, lapor The Guardian Nigeria.
Seorang wanita memberitahu akhbar Vanguard, dia meminjam wang untuk pergi ke Lagos kerana dimaklumkan mendapat kerja sebagai pembantu rumah.
Bagaimanapun, sebaik tiba di stesen bas di Lagos, telefon bimbitnya dirampas dan dia dibawa ke ‘kilang’ itu.
Menurutnya, pada mulanya dia dijual sebagai pelacur tetapi sebaik hamil dia terus dipindahkan ke bangunan lain dengan dijanjikan bayaran lumayan selepas melahirkan anaknya selain dibenarkan pulang selepas itu.
Seorang lagi mangsa memberitahu Reuters, ibu saudaranya mencadangkan dia pergi ke premis itu selepas mengandung hasil hubungan dengan teman lelaki.
Bagaimanapun, dia dipaksa melahirkan bayi itu ketika kandungan baru tujuh bulan dan anak itu mati tiga hari kemudian.
Polis berkata, semua wanita terbabit kini dalam proses pemulihan supaya dapat memulakan hidup baru di bandar itu. Siasatan kes itu masih berjalan.
Kilang bayi bukan perkara asing di Nigeria, malah minggu lalu seorang bayi berusia sehari diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan di Lagos.
Satu serbuan besar-besaran tahun lalu turut menyelamatkan 160 kanak-kanak. (Agensi)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkinkah di Malaysia pun ada spesis perogol pembantu rumah ini? 
Ada pemimpin sebuah parti politik pemerintah (PH) yang dipilih jadi ADUN sebuah negeri di Malaysia dituduh buat kerja hina seperti ini..

P.Ramlee dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok' pernah menggambarkan kisah penyamun-penyamun. Tetapi perogol pembantu rumah atau penyamun dari kilang jual bayi seperti di atas lebih haram jadah dari itu lagi.

Lihat ini..

Hibur Hibur Sikit..
Video:

Ali Baba Bujang Lapok( lagu penyamun)

Yahabibi Ya Ali Baba (P. Ramlee)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails