Dilaporkan, penunjuk perasaan membanjiri sekitar jalan raya di Iraq pada rusuhan yang memasuki hari ketiga, yang dilihat sebagai cabaran besar kepada Perdana Menteri, Adel Abdul Mahdi.
Rusuhan bermula di Baghdad pada Selasa lalu sebelum tersebar ke beberapa bandar di selatan Iraq.
Menurut sumber keselamatan, empat penunjuk perasaan di bandar selatan Amarah dan seorang di wilayah Dhi Qar telah ditembak mati.
Katanya, angka kematian baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 19 orang maut termasuk seorang pegawai polis, dalam rusuhan selama tiga hari itu.
Jelasnya, lebih 600 penunjuk perasaan dan pegawai keselamatan cedera dalam rusuhan tersebut. – AFP.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu peringatan untuk kerajaan PH di Malaysia, rusuhan di Baghdad, adalah kerana rakyat menuntut tanggng jawab kerajaannya, mengenai peluang kerja dan penghapusan rasuah di kalangan pentadbir..


Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..