Friday, October 04, 2019

Perluas Hukum Sebat Kepada Pemburu Haram Hidupan Liar.. Bertamaddun.

Aceh perkenal hukuman 100 kali sebatan bagi pemburu haram hidupan liar
Hukuman sebat 100 kali menggunakan rotan adalah sebagai tambahan kepada hukuman penjara di bawah undang-undang sedia ada. - Gambar fail  

JAKARTA: Pemburu haram yang mengancam hidupan liar seperti orang utan, harimau dan haiwan lain boleh dijatuhkan hukuman sehingga 100 kali sebatan di bawah undang-undang baharu di Aceh, Indonesia, lapor AFP.

Pemerhati dan juga aktivis hidupan liar serantau menyifatkan, perkembangan itu sesuatu yang membuka mata ramai di wilayah berkenaan yang selama ini dikenali dengan peraturan ketat berkaitan dengan hal moral dan agama.


Hukuman sebat di khalayak ramai adalah hukuman yang biasa di Aceh, dengan senarai kesalahan antaranya seperti melakukan hubungan seks luar nikah, berjudi dan meminum arak.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang syariah.


Bagaimanapun, peraturan baharu yang diperkenalkan minggu lalu, buat kali pertama mengenal pasti kesalahan jenayah terhadap hidupan liar.

Hukuman itu, yang dijangka dikuatkuasakan awal tahun depan, bakal menyaksikan pesalah yang dikaitkan dengan jenayah mengancam dan mengeksploit hidupan liar dikenakan hukuman sebat 100 kali menggunakan rotan, sebagai tambahan kepada hukuman penjara di bawah undang-undang sedia ada.

Penjawat awam yang sepatutnya melindungi haiwan boleh disebat sebanyak 60 kali jika didapati bersalah membelakangkan amanah itu.

Seorang ahli politik Aceh, Nurzahri berkata, hukuman baharu itu adalah sebagai usaha tambahan untuk menangani aktiviti pemburu haram yang mengancam hidupan liar, termasuk sppesies unggas endemik di hutan Sumatera.

"Menjaga alam semula jadi dan keseimbangannya adalah sebahagian daripada undang-undang Islamik.

“Aceh adalah pusat biodiversiti di Sumatera dan merupakan habitat bagi haiwan seperti orang utan, badak, gajah dan harimau,” ujar Nurzahri. (AA)

Hasil carian imej untuk bunuh gajah
Gajah dibunuh 2 hari lalu, di Malaysia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya hukuman 'sebat' yang dilaksanakan di Aceh itu memberi kesan yang baik. Berkesan, bahkan pernah menjadi pilihan  kepada orang bukan Islam di sana, Kini hukum sebat diperluaskan kepada pemburu haram yang mengancam hidupan liar. 

Cuma yang tidak berfikiran tamaddun saja yang tidak mahu faham realiti tersebut.


Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails