Monday, October 07, 2019

Peserta Kongres Maruah Melayu Keracunan Makanan&Pemikiran?

SEBAHAGIAN peserta yang hadir pada Kongres Maruah Melayu di Stadium
118 peserta Kongres Maruah Melayu keracunan makanan, selepas mengambil hidangan dipercayai disediakan penganjur.
KIRA-KIRA 118 individu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam, keracunan makanan selepas mengambil hidangan dipercayai disediakan penganjur, pagi tadi. Difahamkan, kebanyakan mangsa terbabit adalah penuntut universiti yang hadir ke kongres berkenaan.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.15 pagi tadi memaklumkan mangsa mengalami simptom muntah dan cirit birit ketika menghadiri kongres berkenaan.
Menurutnya, sebanyak lima ambulans bersama petugas perubatan kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Saringan awal mendapati, seramai 27 pesakit diklasifikasikan dengan tag kuning manakala 91 lagi tag hijau dan tiada pesakit diberikan tag merah.
“Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Shah Alam (HSA) diletakkan dalam status berjaga-jaga jam 11.50 pagi untuk menerima mangsa kritikal dan separa kritikal yang dikenal pasti pasukan kecemasan di lokasi.
“Pesakit tag hijau diberikan rawatan di lokasi dan dibenarkan pulang manakala tag kuning dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya.
Ra
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lebih parah lagi keracunan pemikiran dari keracunan makanan. Apalagi kalau mereka itu masih penuntut universiti.. Muda-muda lagi sudah rosak otak!


Hibur Hibur Sikit..
  • Lagu Bangsa melayu

    • 4 years ago
    •    
    • 3,471 views




  • No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails