Monday, October 07, 2019

PH Merudum Tinggal 35% Kajiselidik MC. Dr M Tolak Dengan Hujah Ini..


Hasil carian imej untuk hujah sarang labah

PH Masih Kuat Kerana Banyak Orang Nak Salam Dengan Saya – Dr Mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasil keputusan kaji selidik oleh Merdeka Center yang merekodkan populariti PH meruduh kepada 35 peratus sebagai “tidak tepat”.

Sebaliknya, perdana menteri itu menyatakan keyakinan masih mempunyai sokongan di peringkat parlimen.


“Saya rasa sokongan di peringkat parlimen masih ada. Jadi kami tak akan disingkirkan.
“Apa kita dapat daripada mereka ini (pelaksana kaji selidik), mereka tanya satu kelompok orang, mereka buat tanggapan daripada situ (tentang populariti PH).


“Saya tak rasa ia tepat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas sesi temu rapat PH di hotel Saujana Subang Jaya hari ini.

Jelasnya, sokongan rakyat dilihat masih utuh namun kerajaan harus memastikan peratus populariti tersebut tidak merosot.


“Saya sendiri tahu banyak orang nak salam, ambil gambar, masih ada orang yang nak sokong. Ini bukti sokongan masih ada,” katanya.

Memberi contoh, Dr Mahathir berkata, kajian seumpamanya sebelum ini turut meramalkan PH akan kalah dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Kamu pun tahu, orang-orang yang ‘pakar’ dulu pun kata kami akan kalah (dalam PRU-14), tapi kami menang,” katanya.


Keputusan kaji selidik oleh Merdeka Center itu dibentangkan ketika temu rapat mesyuarat tertutup hari ini dan slaid pembentangan dibocorkan telah kepada media.

Ketika dihubungi, seorang anggota parlimen mengesahkan kesahihan slaid itu – yang turut dilihat Malaysiakini – manakala yang lain enggan mengulas.
Dalam kaji selidik berkenaan, kadar populariti PH dikatakan menjunam kepada 35 peratus setakat Ogos lalu – paling rendah semenjak mereka mengambil alih pemerintahan Mei tahun lepas.

Statistik itu menunjukkan PH merekodkan populariti 87 peratus semasa PRU ke-14 tahun lalu namun mula merudum secara ketara, khususnya pada separuh pertama tahun 2019. – Mkini


Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..





2 comments:

mazmad said...

Kita tunggu PRU15 dan tengok keputusan nya nanti.

Anonymous said...

Madey ni pakar strategi. Lihat bagaimana dia trigger 1mdb. Bagaimana dia guna simpati pengundi terhadap anwar, tp janji sebagai pengganti 0%. Bung nuar pun pandai strategi, tp selalu kecundang dgn madey. Zaman madey, nak kaya pegang jawatan. PM sebelum Madey tinggalkan kerusi pm tanpa bawa kekayaan. Itulah madey yg banyak angkut harta negara jadi milik sendiri dgn dasar penswastaan.

Jgn hairan dgn strategi madey di masa akan datang. Banyak ongkos bagi belaja strategi termasuk report luar negara sptb sarawak report. Pemuafakatan pas umno diikuti dgn program maruah melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails