Sunday, October 20, 2019

Santai santai Di Tg Piai. Hari Assabiqun Johor.

Hasil carian imej untuk PRK Tanjung Piai
Hari Assabiqun Johor menjelang PRK Tanjung Piai  -SUBKY LATIF 
HARI Assabiqun Johor yang dijadual hujung November dicepatkan dua minggu sama ada 13 atau 14 November bagi memeriahkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Pial yang bakal berlangsung pada 16 November.
PAS Pusat menyokong pengajuran itu. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pertengah Oktober lalu bersetuju membantu Perhubungan PAS Negeri Johor dan Sidang Assabiqun Johor menjayakan Hari Assabiqun itu yang tujuannya adalah untuk meraikan dan mengenang khidmat para jasawan yang berusia 55 tahun ke atas yang kini tidak dapat cergas lagi dalam arus perdana aktiviti parti itu atas faktor usia dan uzur.
PAS Johor diminta menentukan tarikhnya sama ada 13 atau 14 November kerana pada masa penyokong PAS dari seluruh negara berkumpul di Tanjung Piai bagi membantu kempen BN dalam PRK itu.



PAS telah memberi sokongan pada kepada calon Umno dalam beberapa PRK sebelum ini tetapi di Tanjung Piai ini adalah yang pertama selepas kedua-dua parti terbesar dan tertua itu menandatangani Piagam Muafakat Nasional yang secara rasmi menamatkan perbalahan politik selama 68 tahun sejak PAS ditubuhkan tahun 1951.



Hari Assabiqun diadakan secara santai dan diadakan dalam bentuk kenduri rakyat. Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin bercadang untuk meniru Hari Assabiqun Malaysia yang dilancarkan di Ketereh, Kelantan pada 5 Oktober lalu.


PAS Kelantan menyumbang seekor kerbau dan seekor lembu sebagai bahan gulai kawah serta dua pikul ikan patin goreng bagi menjamu para hadirin yang tidak kurang daripada 5,000 orang dari seluruh negara. Kebanyakan Sidang Assabiqun negeri menghantar lebih daripada 100 orang dan ada yang sampai 250 orang.

Penyokong PAS dari semua lapisan digalakkan hadir bagi meraikan warga yang pernah berjasa satu masa dulu, tetapi disebabkan sekarang mereka tidak mampu memberi tenaga semaksimumnya tidak lagi dapat bersama dalam arus politik perdana. Kebanyakannya banyak masa di rumah.

Kata Ustaz Abdullah, penyokong PAS Johor pun ada yang hendak menyumbangkan lembu.

Assabiqun Johor tidak menduga ia dapat mengadakan sambutan semeriah Kelantan, tetapi kehadiran penyokong Muafakat Nasional seluruhnya yang hadir membantu kempen itu akan menjadikan Hari Assabiqun Johor boleh mencapai semeriah Ketereh.

Mungkin tenaga PAS tempatan tidak ramai, tetapi yang datang nanti termasuk penyokong Umno adalah untuk bekerja bagi memenangkan calon BN. Orang yang datang itu boleh membantu meringankan PAS menjayakan himpunan itu.

Biasanya sebelah pagi orang luar yang datang membantu itu tidak banyak kerja, tentu sambutan Hari Assabiqun jadi tempat menarik kepada semua yang hadir itu.

Jika kesempatan itu dapat diatur bersama penyokong Kelab Veteran Umno, Hari Assabiqun itu boleh disesuaikan dengan kehendak kempen pilihan raya.

Jika di Ketereh dulu ia diadakan setengah hari saja, kerana orang dari luar yang ke Kelantan hendak ke tempat lain, tetapi yang ke Tanjung Piai tidak bertujuan ke tempat lain melainkan berada di kawasan PRK semata, maka mungkin sebelah petangnya diatur bersama Umno untuk kempen dari rumah ke rumah di seluruh kawasan PRK atau apa jua program bersama oleh kerabat taawun itu.

Di Ketereh kegiatan malam tidak dapat diadakan kerana negeri itu dalam suasana berkabung. Tidak ada halangan bagi Assabiqun Johor unuk menganjurkan ceramah oleh pimpinan kanan kedua-dua buah parti.

Perhatian seluruhnya adalah tertumpu kepada Hari Assabiqun kerana ia adalah satu kegiatan dapat memeriahkan PRK itu dan ia juga dapat meraikan sekalian yang datang dari luar ke situ. –HARAKAHDAILY 20/10/2010

Lihat Sebelum ini..
Buku ini dierbitkan pada tahun 1993 '1950-200 Sejaah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia?, 
oleh Ibnu Hasyim

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails