Saturday, October 19, 2019

Tak Terlibat,. Tapi Kempen DAP Berjalan Terus.

Hasil carian imej untuk Isu komik dap
Isu komik: Dr Mahathir tidak terlibat dengan penerbitan - PMO

KL: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah terlibat dalam penerbitan komik 'Inisiatif Jalur Dan Jalan - Meraih Manfaat Bersama' atau mengetahui isi kandungannya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan pihaknya mengambil maklum mengenai isu komik berkenaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

"Di dalam komik itu tertera gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dan keterangan yang menyebut buku komik ini dihadiahkan kepada Presiden Xi Jinping oleh Perdana Menteri sendiri semasa pertemuan dua hala sewaktu di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa ke-2.

"Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa buku ini bukan hadiah rasmi semasa pertemuan berkenaan dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Dr Mahathir juga tidak pernah memberi persetujuan gambar beliau diguna pakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik berkenaan diedarkan di sekolah.

Media semalam melaporkan Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik didakwa berunsur propaganda yang dipercayai diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsdaan (SJK) di negara ini.
-- BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak terlibat, tapi kempen DAP berjalan terus. Sendiwara apa ini?
Hasil carian imej untuk inisiatif jalur dan jalan meraih
Hasil carian imej untuk posrer DAP

Hasil carian imej untuk helikopter PAS


Lihat Sebelum Ini..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails