Tuesday, October 22, 2019

Temui Kondom Di IPTS, Lagi Bukti Gagal Dasar Peajaran..


5 Jenis Kondom Favorit Orang Indonesia
'Mereka' dah tak tau malu lagi...


"SAYA percaya, bukan IPT (Institut Pengajian Tinggi) itu saja, ada beberapa lagi yang berdepan masalah serupa dan perkongsian di laman sosial itu bertujuan membuka mata warganet mengenai kegiatan itu yang semakin menjadi-jadi,” kata penceramah bebas, Mohd Fadhli Othman.
Mohd Fadhli, 31, memberi reaksi itu berhubung perkongsian gambar di Facebook miliknya, hari ini, mengenai penemuan kondom dibuang penuntut sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di dalam tong sampah dekat bilik asrama.
Lebih menjijikkan, kondom itu dibuang di hadapan bilik asrama lelaki IPTS berkenaan seolah-olah memberi gambaran bahawa individu terbabit membuangnya tanpa rasa malu dan bersalah.
Bercerita lanjut, Mohd Fadhli berkata, gambar itu diperoleh daripada felo IPT berkenaan yang berkongsi dengannya menerusi aplikasi Whatsapp.
“Baru-baru ini, saya diundang untuk memberi ceramah berkaitan pendidikan seks di sebuah IPTS yang mana majoriti pesertanya adalah penuntut baharu.
“Seperti biasa, ada sesi soal jawab di akhir program dan selesai majlis, saya masih berinteraksi dengan felo IPTS berkenaan menerusi kumpulan yang diwujudkan di aplikasi Whatsapp.
“Antara perkongsian yang menarik perhatian saya di kumpulan Whatsapp berkenaan adalah berkaitan beberapa gambar kondom yang dikongsi salah seorang felo dan saya kongsikannya di Facebook dengan tujuan mendedahkan realiti sebenar berlaku di kampus pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
 PENCERAMAH bebas, Mohd Fadhli Othman. FOTO Ihsan Mohd Fadhli Othman
Di samping itu, Mohd Fadhli berkata, perkongsiannya itu juga bertujuan memupuk kesedaran semua pihak dan mengajak mereka bersama-sama mencari penyelesaian bagi menangani kegiatan tidak bermoral dalam kalangan anak muda.
Katanya, tanpa kerjasama semua pihak, agak sukar untuk masalah berkenaan dibendung daripada peringkat akar umbinya.
“Jika kondom mereka (penuntut) boleh buang dalam tong sampah di luar bilik, jelas sekali hal ini semakin serius dan tindakan itu seolah-olah mencabar masyarakat sekeliling.
“Malah, mereka seperti tidak malu kerana terang-terangan membuka aib sendiri atas dosa daripada kegiatan tidak bermoral yang dilakukan.
“Saya harap, pihak berwajib cakna mengenai isu ini kerana golongan sebegitu memerlukan bantuan dan rawatan daripada sudut psikologi supaya tidak berterusan melakukannya.
“Kebimbangan saya ini juga bersandarkan kepada pengalaman bertemu dengan mahasiswa selepas memberi ceramah di satu program yang mengaku ketagih terhadap pornografi, melakukan onani dan terlanjur dengan wanita,” katanya yang berpengalaman selama lima tahun sebagai penceramah bebas.(MyMetro)

Komen Weblog Ibnu HasyimTemui kondom di IPTS, lagi bukti gagal dasar pelajaran di negara ini untuk melahirkan insan profesional yang bertakwa...


Lihat sebelum ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

Post a Comment