Tuesday, October 22, 2019

Terbaru!! Saudi Arabia, Astaghfirullah!!

Hasil carian imej untuk 'Kelab malam halal' di Arab Saudi
Ini kelab malam di Saudi.

Arab Saudi:
Astaghfirullah! Astaghfirullah! Astaghfirullah!
Kluangdiamond -22/10/2019


Kelab malam 'halal' di Arab Saudi (Agensi Jun 2019)

Hasil carian imej untuk 'Kelab malam halal' di Arab Saudi
RIYADH: Pihak Berkuasa Hiburan Awam (GEA) Arab Saudi, kelmarin menafikan ia memberikan kebenaran untuk membuka kelab malam di Jeddah.

Al Jazeera melaporkan, dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Twitter rasmi, GEA mengumumkan siasatan segera berkaitan video yang disiarkan atas talian menunjukkan hiasan dalaman kelab berkenaan.
“Menurut maklumat diberikan kepada GEA, majlis itu melanggar prosedur perundangan dan peraturan dan tidak dibenarkan badan ini,” menurut kenyataan.
GEA pada asalnya mengeluarkan lesen untuk satu acara lain.
“Kontraktor berkenaan kemudiannya mengambil kesempatan di atas pemberian lesen untuk melakukan pelanggaran serius dan tidak boleh diterima,” menurut kenyataan.
Terdahulu, beberapa media melaporkan ‘kelab malam halal’ pertama dibuka Khamis lalu di Jeddah.
Cawangan jenama White itu dilaporkan turut beroperasi di Dubai dan Beirut.
Penyanyi Amerika Syarikat, Ne-Yo, melakukan persembahan pada malam pembukaan kelmarin, menurut pengiklan acara itu di laman Facebook White Arab Saudi.
Menurut iklan, pembukaan kelab itu antara 10.00 malam dan 3.00 pagi dengan harga tiket antara 500 ke 1,000 riyal Arab Saudi (RM554 hingga RM4,167).
Laporan pembukaan kelab malam itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial dengan sebahagian pengguna memujinya sebagai sebahagian pelan pembaharuan Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk memodenkan negara itu.

Video


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..

No comments:

Post a Comment