Friday, November 22, 2019

Bahas Peralihan Kuasa PM. Rupanya Politik Surat Palsu?


Inilah surat palsu kononnya ditulis oleh Khairy yang diterima oleh pejabat Setiausaha Parlimen.
"Surat itu palsu" - Khairy jawab dakwaan tulis surat mohon bahas isu peralihan kuasa PM

KL: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan, penyebaran surat kononnya ditulis oleh beliau untuk membawa usul persendirian membahaskan isu peralihan kuasa Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah palsu.

Dalam entri InstaStory di laman Instagram peribadinya, Khairy berkata, surat berkenaan diterima oleh pentadbiran Parlimen tanpa disahkan oleh beliau secara peribadi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga menjelaskan, surat palsu berkenaan menggunakan kepala surat yang bukan seperti yang digunakan oleh beliau sejak 2008.

"Saya tidak pernah menggunakan kepala surat beserta nama saya YB Tuan Khairy," kata Khairy lagi.


Khairy juga dalam catatan itu memohon maaf kerana lambat memberi penjelasan mengenai laporan penyebaran surat palsu itu memandangkan beliau kini berada di luar negara.
Khairy Jamaluddin tampil menjelaskan dakwaan beliau menulis surat mohon bahas isu peralihan jawatan Perdana Menteri di laman Instagram peribadinya.
Khairy Jamaluddin tampil menjelaskan dakwaan beliau menulis surat mohon bahas isu peralihan jawatan Perdana Menteri di laman Instagram peribadinya.

Pada tengah hari Jumaat, sepucuk surat bertarikh 20 November tular di media sosial selain diterima oleh wartawan mendakwa Khairy mengusulkan untuk membahas isu peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat berkenaan dihantar kepada Setiausaha Parlimen, Datuk Roosme Hamzah.

Menerusi entri yang sama, Khairy dengan tegas meminta namanya tidak dikaitkan dalam sebarang rundingan 'pintu belakang' dalam proses transisi jawatan Perdana Menteri seperti yang rancak diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak terlibat dan tidak berminat untuk melibatkan diri. Tanda tanya mengenai proses peralihan seharusnya diselesaikan sendiri oleh Pakatan (Harapan).

"Ia (proses peralihan) tidak ada kaitan dengan parti saya  atau saya sendiri. Saya hanya berminat untuk berdebat dan membincangkan polisi yang boleh membantu rakyat Malaysia yang kini berada dalam situasai buruk di bawah Pakatan," tegas Khairy lagi.

BACA: Anwar jumpa Tun M, bincang pendirian isu peralihan kuasa
  (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah ianya termasuk 'politik surat palsu' dalam usaha membahas peralihan kuasa atau menumbangkan PM?

Lihat sebelum ini.. 
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails