Kuala Lumpur : ‘Basikal Lajak’ iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan situasi bahaya, sememangnya haram berada di atas jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Basikal Lajak ni memang tiada brek, itu dah memang salah, sebarang kenderaan yang mempunyai masalah brek memang haram berada di atas jalan raya, jadi tak perlu nak haram-haram lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bengkel Usahawan Muda Parlimen Pandan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan media mengenai cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengharamkan secara menyeluruh aktiviti basikal lajak yang menjadi trend remaja masa kini.
Basikal Lajak kembali menjadi tumpuan berikutan keputusan mahkamah membebaskan dan melepaskan seorang jurujual daripada pertuduhan menyebabkan kematian lapan kanak-kanak yang sedang berbasikal lajak pada 2017.
Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ibu bapa seharusnya bertanggungjawab memantau keberadaan anak-anak agar tragedi seperti itu tidak berulang. (Sunting dari Bernama)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah aktiviti basikal lajak menjadi trend remaja masa kini, sedangkan peristiwa jurujual penyebab kematian lapan kanak-kanak itu berlaku sejak 2017 lagi?
Lihat Sebelum Ini..
- Jom Lawat Kampung Janda Indo... Penyelesaian.
- Intip Lagi, Kampung Janda, Kini Di Bogor Pula..
- Sekitar Artis Menjanda Di Indonesia, Masuk Air?
- K/Janda: (1)Bunuh Ragol &Politik Indo
- K/Janda: (2) Bunuh Ragol &Politik Indo
- K/Janda Aceh: Kampung Tanpa Lelaki.
- Pasukan Janda Aceh, Berperang Di Jalan Al...
- 1 Lwn 1. Janda Aceh Membunuh Cornelis de Houtman D...
- Ada Kampung Janda Baik Di M'sia, Apa Baiknya?
Adakah nyawa Melayu tidak berharga sehinggakan pemimpin Melayu dan pemimpin kafir PH tidak mempedulikan kematian 8 kanak-kanak yang dilanggar oleh pemandu cina?
ReplyDeleteJika 8 kanak-kanak cina dilanggar oleh pemandu Melayu, mungkin pemimpin Melayu dan pemimpin kafir PH akan menjerit marah dan meroyan histeria mendesak tindakan tegas dikenakan ke atas pemandu Melayu tersebut di seluruh negara.
Kita sudah bosan dan meloya melihat sikap hipokrit PH yang telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.
Betul, baru saya nampak.
ReplyDelete