Menurut laporan akhbar Cyprus, Politis, Jho Low memperoleh pasport negara itu sejak 2015 menerusi skim pelaburan. -Foto Politis
ATHENS: Cyprus hari ini berkata, ia sudah memulakan proses melucutkan 26 kerakyatan individu yang diterima menerusi skim pasport rahsia untuk pelaburan, mengakui ia memiliki kelemahan.
Negara kepulauan Mediterranean itu digegarkan dengan pendedahan skim pelaburannya sejak Reuters secara ekslusif melaporkan bulan lalu, senarai penerima dari Kemboja termasuk ketua polis dan menteri kewangannya.
Tindakan membatalkan kerakyatan itu agak luar biasa dan ia dilakukan selepas pihak berkuasa melancarkan siasatan berikutan pendedahan laporan.
“Majlis Menteri mengesahkan hasrat kerajaan untuk pematuhan tegas terhadap terma dan syarat program pelaburan Cyprus,” kata Menteri Dalam Negerinya, Constantinos Petrides kepada media selepas mesyuarat kabinet empat jam.
Petrides tidak mendedahkan kerakyatan atau identiti individu terjejas. Bagaimanapun sumber Cyprus berkata, kumpulan itu termasuk sembilan warga Russia, lapan Kemboja, lima rakyat China, dua Kenya, seorang Malaysia dan seorang Iran.
Mereka terbabit dalam sembilan projek pelaburan, sementara kumpulan pelabur asing dalam perkongsian boleh menerima manfaat daripada skim terbabit.
Cyprus memberi kerakyatan untuk pelan pelaburan sejak 2013, di mana pelaburan minimum 2 juta euro (RM9.17 juta) boleh membeli sebuah pasport dan perjalanan tanpa visa di seluruh negara Kesatuan Eropah (EU).
Mengiklankan skim itu kini dilarang namun sekurang-kurangnya sebuah pejabat perundangan pernah digunakan mengagihkan risalah menyerupai pasport kepada pelawat di lapangan terbang utama pulau itu.
Pihak berkuasa berkata, program itu melalui beberapa transformasi dan dibaik pulih pada Februari 2019 dengan lima lapisan tapisan berbanding satu pada 2013.
Dalam tempoh lima tahun antara penerimaan skim kerakyatan pada 2018, kerajaan Cyprus meluluskan 1,862 permohonan. Termasuk anggota keluarga, jumlah itu lebih 3,200 dan hampir 4,000 pada hari ini.
“Jika terdapat sembilan kes pelaburan membabitkan 26 orang di kalangan 4,000 pemohon, adalah logik sesetengahnya bermasalah apabila kawalan tidak tegas.
“Ada kesilapan. Adalah satu kesilapan untuk tidak memiliki kriteria sebagai contoh untuk individu berisiko tinggi,” kata Petrides.
Siasatan Reuters menunjukkan, polis berpengaruh, sekutu perniagaan dan politik pemimpin sekian lama Kemboja memiliki aset luar negara bernilai lebih puluhan juta dolar.
Baru-baru ini akhbar Cyprus, Politis melaporkan, individu dikehendaki Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, dituduh mencuri bilion dolar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seorang lagi pemegang pasport. -Reuters
Lihat Sebelum Ini..
- Jom Lawat Kampung Janda Banjarbaru Indo.. Penyelesaian.
- Intip Lagi, Kampung Janda, Kini Di Bogor Pula..
- Sekitar Artis Menjanda Di Indonesia, Masuk Air?
- K/Janda: (1)Bunuh Ragol &Politik Indo
- K/Janda: (2) Bunuh Ragol &Politik Indo
- K/Janda Aceh: Kampung Tanpa Lelaki.
- Pasukan Janda Aceh, Berperang Di Jalan Al...
- 1 Lwn 1. Janda Aceh Membunuh Cornelis de Houtman D...
- Ada Kampung Janda Baik Di M'sia, Apa Baiknya?
- Kg Janda: Contoh Penyelesiaan Terbaik. Untuk Perha...
No comments:
Post a Comment